Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 August 2012

Disiksa ketika solat berjemaah!

  Ano Nyme       16 August 2012
Kenapa aku pergi solat kat masjid atau surau, sebabnya aku mahu dapatkan kelebihan 27 kali berbanding solat sorang diri. Aku yakin orang lainpun sedikit sebanyak punya misi yang sama macam aku. Semua mahukan ganjaran lebih.

Sebab itu aku tengok bilangan orang berjemaah sekarang ni ramai terutamanya di bandar. Lebih menyeronokkan ramai orang muda yang turut sama bersolat jemaah di masjid. Masjid kita juga bertambah meriah bila ramai warga Bangladesh dan Pakistan suka solat berjemaah. Itu semua cerita positif.


Yang negatifnya bila kadangkala aku disiksa ketika bersolat jemaah. Aku yakin ramai juga yang melalui pengalaman sama disiksa dengan teruk sekali ketika berjemaah di masjid. Berikut aku senaraikan siksaan yang sering aku hadapi ketika bersolat di Masjid.

  1. Siksaan berlaku awal-awal lagi ketika aku ambil wuduk. Tengah duduk bertinggung sempoi, orang sebelah aku kumur lalu tembak keluar air dari mulutnya merecik habis kena kat aku. Aku jadi lebih parah bila dia selamba rock ulang 3 kali macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bila basuh muka pulak dia hempas air dari tangannya ke muka. Berhamburan air langgar masuk perenggan aku. Sekali lagi aku macam nak stunt ke belakang melarikan diri. Sabar....walaupun disiksa.
  2. Bila nak mula solat pulak. Jiwa aku mula kacau bila orang sebelah tak habis-habis usolli dan usolli. Bismillah sekali lagi dan sekali lagi usolli dan usolli. Aku pulak yang tak dapat masuk takbiratul ihram sebab mereka kat barother sebelah. Tangan dia tak payah cakaplah, masa sebut allahuakbar tu, hayun ambil lajak naik ke atas dan mula merewang buka bunga silat pulut hampir menyiku kepala aku. Sabar...walaupun disiksa.
  3. Bila dah kejap niat dan boleh mula solat. Dengungan kuat pula melanda. Brother sebelah baca fatihah macam dia tengah imamkan solat waktu magrib. Mak ooi punyalah kuat siap dengan tekan-tekan huruf Ha dan lain-lain huruf yang dia susah nak lancar. Sekali lagi aku tersiksa bila mulut aku asyik nak ikut bacaannya pulak. Sabar...walaupun tersiksa.
  4. Habis semua bacaan dan sedang tunggu pergerakan imam seterusnya. Mata pulak liar terpandang depan. Baju ketat bertulisan pulak. Mula terkebil-kebil cuba nak baca. Hoi! engkau kan tengah solat? lalu terpaksa pejam mata. Apasal lah kau datang solat pakain pakaian macam tu. Kau memang sengaja nak seksa aku ke...? sabar !
  5. Masuk nak sujud, aku sekali lagi disiksa bila brother sebelah sujud sambil kepak tangan macam dia imam yang tak ada jiran di kiri dan kanan. Aku terpaksa lakukan teknik ciluk untuk pastikan dada tidak terhempas pada sikunya yang tajam. Rekaat kedua aku kena kejar untuk pastikan aku landing sujud terlebih dahulu supaya tak sempat mengepak. Tersiksa...terpaksa bersabar.
  6. Apa akan jadi bila lengan dikepak luas? bau hangit mula menusuk hidup. Dah kena tahan nafas pulak. Masa rukuk tadi dah adaa isyarat bau-bauan, tapi tak berapa ketara. Bila sujud baunya mula jelas. Bayangkan terpaksa tahan nafas dan bertasbih dalam masa yang sama...alahai satu lagi siksaan. Sabar ajalah.
  7. Tengah baca fatihah, ada kedengaran bunyi sendawa manja. Pehhhh! harum bau durian atau bawang putih semerbak. Loya pulak rasa tekak. Apasal tak tunggu selepas solat berjemaah untuk makan semua benda tu...sabar sajalah.
  8. Satu lagi siksaan yang baru saja aku kena ketika solat zohor di Subang Jaya. Bau hapak pakaian yang lansung tidak enak. Bila bercampur dengan bau minyak atar yang aku pakai, baunya jadi semacam. Kena tahan nafas sekali lagi dan mengharapkan selesai solat secepat mungkin. Sabar sajalah!
  9. Bila sujud lewat sedikit daripada jiran dari saf hadapan. Nah! ada pertunjukkan lurah bontot pulak kat depan. Kalau bontot elok tak apa juga, tapi bergerutu macam kurap. Apasal kau pakai pakaian ala Shah Rukh Khan untuk solat. Kan dah menyeksa orang belakang terpaksa pejam mata pulak. Terhoyong hayang sujud sambil pejam. Bukan senang nak buat tu!. Sabar lagi walaupun terseksa.
  10. Orang kata bila pandai baca Quran bagus. Tapi adakalanya menyusahkan pulak bila Imam punya bacaan standard sekolah dahulu. Berlaku kecelaruan antara huruf 'Ain dan Alif, huruf Sin dan Shim. Huruf Dhot dikhola kholahkan pulak. Ibrahim dalam bahasa arab di melayukan jadi Brahim dan berbagai lagi magik. Pehhh! tersiksa lagi! Terpaksa mufarakah, penat-penat aku kejar untuk berjemaah terpaksa bersendiri dalam barisan. Sabar ajalah.
  11. Imam menyiksa bila rukun perbuatannya pantas macam ayam patuk jagung. Terhegeh-hegeh aku nak ikut. Timbul pula sangsi terror bebeno dia baca fatihah begitu laju. macamna dia buat ya?
  12. Ada imam yang slow and steady. Punya slow bila sujud terlalu lama hingga semput nafas tertunggu bila nak naik nih!.
  13. Kena karpet pulak berhabuk, ada pulak masalah semput. Alamat nak cari nahas kalau selalu macam ni. Sabar!
  14. Aku jenis bermata empat. Bila solat dua mata depan aku letakkan atas lantai supaya lebih selesa. Tengah solat kedengaran jeritan riang kanak-kanak main aci sorok di celah barisah saf. Prak! dengan spek mata aku kena pijak. Pehhhhh! patahkan spek aku? mahal tu! aaaah serahkan saja pada Allah, tumpukan pada solat. Tapi apasal bapak dia tak jaga anak dia tu...timbul lagi persoalan. Sabar lagi.
Mungkin ada banyak lagi senarai pengalaman bentuk siksaan ketika solat berjemaah yang aku tak ingat. Tapi begitulah akhir zaman. Yang berilmu takut nak tegur. yang jahil pulak pantang ditegur. Jadi telur ayam dengan anak ayam lah jawabnya.

Oklah! mungkin ini posting terakhir aku sebelum rehat cuti raya. Aku ambil kesempatan ni ucapkan Selamat Menyambut kemenangan di Aidil Fitri. Jangan lupa pakai pakaian elok dan cantik untuk bersolat raya nanti. Jangan pada hari raya saja, eloknya kesemua solat kenaka pakaian yang elok-elok. Berhati-hati memandu balik kampung dan jika ada salah silap sepanjang penulisan mohon maaf seadanya.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Disiksa ketika solat berjemaah!

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. memang best tajuk diatas....
    tu belom bab jemaah wanita dgn telekung yang berbagai... macam ada fesyen show

    ReplyDelete
  2. nama pu n 'berjemaah'... dari situ datangnya keikhlasan berkongsi segalanya yg berkenaan solat dan tempat solat dengan muslimin lain :-)toleransi bermula dengan solat berjemaah :-)

    ReplyDelete
  3. sebab tu lah Allah bagi ganjaran 27 darjat. kata nak pahla kena sabarlah...tu belum lagi solat kat masjid nabi atau masjidil haram. kalau tak sabar boleh bergaduh. tapi ingat ganjarannya tinggi 1k dan 100k. kalau nak senang solat sorang2 kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kagum pada sikap positif anda. Moga terus istiqamah

      Delete
  4. Solat dlm gua tak ada org.ganggu...bersama2 kita blajar cmna nk khusyuk dlm solat..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan senang nak jadi jaguh, kena banyakkan latihan...

      Delete
  5. Aku bi solat Jama'ah sbb ayat 9:18.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !