Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

08 August 2012

Jangan pakai baju bertulisan ketika solat jemaah!

  Ano Nyme       08 August 2012
Semalam aku sempat mendengar tazkirah lagi kat surau An-Nur Puchong Intan. Penceramah kali ni adalah Ustaz dari negeri Perak. Sedap dengar ceramahnya walaupun pada mulanya suara dia perlahan membuatkan aku risau tak boleh berikan tumpuan. Tapi rupanya hanya intra saja lemah, isinya bagus dan memberi aku idea baru untuk tulisan ini.

Banyak point menarik sepanjang tazkirah tersebut tapi aku paling melekat dengan isu suruhan agama mengajak agar umat Islam ke Masjid berpakain elok, sopan dan menarik. Pakain biar sedap mata memandang dan jangan buatkan orang tak tumpu pada solat.


Antara pakaian yang lansung tak sesuai adalah jenis T-Shirt yang ada tulisan pada belakangnya. Untuk parahkan lagi keadaan yang pakai baju jenis tu duduk kat saf hadapan. Ustaz bagi contoh tengah solat di belakang orang berpakain ada tulisan tu bila Takbiratul Ihram kita pun baca apa yang patut dan mula baca fatihah.

Orang awam lemah daya tumpuan pada solat macam aku ni biasanya akan mengerling juga ke hadapan sambil mulut terkumat kamit. Terlihat tulisan, 'Syarikat Bekalan Air.....Syabas!"

Sambil mulut teruskan bacaan, fikiran mula melayang...;yang nilah company yang taukehnya dapat gaji sampai RM500 ribu sebulan. Haiiiii! senang lenang dia dengan duit banyak tu...apa yang dia buat dengan duit sebanyak tu sebulan?...makan apa sangat tak kan habis RM2 ribu kot...habis tu kata niaga rugi...kena naik tarif air...bla..bla..bla.." sedar-sedar mulut pun kata "amin", Eeh dah habis baca fatihat rupanya.

Bukankan tulisan tu mengacau daya tumpuan yang memnag dah tak kuat ni?. Bayangkan pulak kalau ada lagi tulisan iklan macam kami menyediakan khemah dan catering untuk kenduri. Hanya RM10 satu kepala. Hubungi xxx-xxxxxxx.

Apa lagi sekali lagi otak melayang kira budjet nak buat kenduri. Satu kepala RM10. Jemput 700 orang. Jadinya RMRM7 ribu. Ok jugak tu, macam mana nak contact dia ah?. kerling pulak nombor talippon untuk dihafal. Sedar0sedar bagi salam. Dah selesai solat rupanya.

Kalau jenis yang ada ayat power-power dan panjang pulak tu. Habis 4 rakaat baru selesai baca apa dia tulis. Macam ni selalu sia-sia solat. Asyik baca apa tulisan kat depan kita.

Jadi aku convinced memang tak patut brother depan kita pakai baju bertulisan. Kalau tak sempat juga elok janganlah duduk kat depan. Pi duduk belakang sekali sebelah paling tepi agar tak ganggu orang belakang lagi.

OK! lain kali ingat, pakai baju kosong. Biar sejuk mata memandang tak payah susah-susah orang belakang perembang nak cuba baca apa kita tulis kat belakang baju kita. Harap semua setuju.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Jangan pakai baju bertulisan ketika solat jemaah!

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Setuju....memang ada larangan sebegini. Yang baju ada gambarpun jgn pakai...sebab biasanya ada gambar, ada tulisan..gambar tu pulak kekadang berimejkan yang tak bagus macam monster lah, hippies la... Kepada adik-adik muslim, tolong prihatin lah ya.... Bila berjemaah ni, selain daripada kita naakkan pahala 27 darjat, kena jugak sensitif terhadap perasaan dan sensitiviti jemaah yang lain...dan sebenarnya ini lah hikmah yang tersembunyi dlm solat berjemaah.... Contohnya masa baca fatihah, jgn sampai bacaan kita mengganggu jemaah sebelah, masa sujud jangan buka ketiak sampai mengganggu jemaah sebelah...kena rapatkan siku ke rusuk kita... Kalau ulasan saya tak betul, mohon perbetulkan sebab saya cerita ni pun berdasarkan ingatan masa sek agama dulu...mungkin tak berapa tepat....sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalhnya kita tak ada kekuatan untuk menegur....budaya menegur dah hilang lansung sebab yang muda tak hormat yang tua dan yang tua tak kasih pada yang muda...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !