Berapa kali anda cakap bohong dalam satu minggu?. Dalam satu kajian, warga Amerika berbohong sebanyak 11 kali seminggu. Tak pernah pula saya jumpa kajian yang sama dilakukan terhadap rakyat negara kita.
Bagi diri saya sendiri, tak pernah pula terlintas untuk mencatatkan jumlah pembohongan yang telah dilakukan sepanjang hari. Mungkin selepas ini, saya perlu bawa buku nota kecil yang boleh digunakan untuk catatan setiap kali berbohong.
Semua orang tahu apa hukumnya berbohong. Tak ada bohong sunat sebagai mana yang dipopularkan oleh P Ramlee. Nama saja bohong, hukumnya adalah berdosa. Kadangkala bila dikatakan berdosa, orang Melayu akan ambil sedikit ringan berbanding jika dikatakan hukum berbohong adalah haram.
Jika terpaksa juga berbohong, ada satu pendekatan mudah yang boleh kita lakukan. Kita namakan ia sebagai 'tawriyah'. Ia bukanlah berbohong tetapi berkata benar dalam maksud yang boleh mengelirukan orang yang kita mahu bohongi.
Contohnya seperti bila ditanya oleh ceti, "ayah ada dirumah tak ?", kita jawab "tadi dia keluar...", sedangkan ayah kita ada di rumah. Kita menyatakan yang benar sebab memang dia ada keluar tadi tapi dia dah baik tidak kita nyatakan.
Satu penemuan menarik tentang berbohong ini adalah hubungkaitnya dengar kesihatan fizikal dan juga mental. Kajian mendapati mereka yang kurang berbohong semakin sihat tubuh badannya serta mental. Lagi kurang berbohong semakin sihat jadinya.
Mereka yang bercakap benar didapati kurang mengadu masalah sakit selsema, demam, sakit kepala dan lain-lain lagi di samping mempunyai tahap kesihatan mental yang baik. Baca kajian di sini.
Penemuan menarik ini memberikan kita satu indikator jika sering mengalami sakit kepala atau demam atau selsema. Berkemungkinan besar kita terlalu kerap berbohong yang menyebabkan kesihatan terganggu.
Berbohong ini sebenarnya jika selalu dilakukan boleh membuatkan ia menjadi kebiasaan. Bila sudah jadi kebiasaan, maka sehari tak berbohong rasa macam tak selesa. Ada saja benda yang akan kita palsukan jika sudah menjadi darah daging sifat berbohong ini.
Bagi mereka yang sering berbohong harap boleh komen dan nyatakan samada kajian ini benar atau tidak dan sila nyatakan jumlah anda berbohong dalam satu minggu serta adakah anda sering sakit-sakit?.
Bagi yang ada anak-anak yang masik kecil. Latih mereka hindari sifat suka berbohong segera. Untuk itu pastikan anda terlebih dahulu bukan kaki pembohong.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !