Tahun depan mereka yang naik Haji boleh menggunakan perkhidmatan keretapi atau Metro di tanah suci tersebut. Keretapi boleh digunakan untuk pergi dan balik di seluruh kawasan penting di tanah suci Mekah.
Lepas ini tak payah lagi naik bas dan nampaknya akan berkuranganlah jumlah kenderaan yang menyesakkan setiap kali musim haji menjelang di sana.
Kerajaan Saudi membina perkhidmatan metro berikutan masalah kenderaan yang terlalu sesak yang mengakibatkan beberapa kemalangan ngeri yang membunuh ramai pengunjung ke sana ketika musim haji.
Harganya adalah seperti berikut:
Tambang untuk 7 hari: USD 67.00
Tambang untuk 4 hari: USD 27.00
Jumlah kos perojek tersebut adalah USD1.8 billion. Ia telah bersedia untuk menjalankan khidmat pada bulan depan dengan kapasiti seramai 170,000 penumpang. Kapasiti akan dinaikkan kepada 3 juta penumpang setelah selesai pahasa terakhir projek itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !