Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 October 2012

Berlainan agama - Perkahwinan sandiwara Saif/Kareena

  Ano Nyme       21 October 2012
Ulama India menegur perkahwinan antara dua bintang Bollywood Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor sebagai sandiwara atas dasar mereka berlainan agama. Jika Saif Ali Khan merasakan dirinya muslim, maka Kareena terlebih dahulu perlu memeluk agama islam untuk mengesahkan perkahwinan mereka berdua.

Bintang glamor Bollywood di India menggadai agama mereka sehingga tidak ketahuan kepala dan ekornya semata-mata untuk mengecapi dunia hiburan yang penuh glamour. Tidak kurang juga para artis kita yang terikut-ikut falsafah seni glamour sehingga mempermainkan sensitiviti agama sesuka hati.

Pakaian dedah tubuh badan sudah menjadi lumrah para artis. Cakap tidak berlapik merupakan mainan mulut artis glamour. Bila menerima sesuatu anugerah, dengan jeliknya tanpa segan silu mengucapkan syukur pada Tuhan dengan berkata Alhamdulillah dan dalam masa yang sama berpakaian jelik mendedahkan tubuh badan. Bukankah itu satu penghinaan pada agama Islam?


Bukan nak mengata, tapi realitinya artis yang jelik lebih ramai dari yang tidak jelik. Jika ada insan yang mahu dijadikan contoh, artis bukanlah salah satu bidang yang yang perlu diberikan perhatian terutamanya dalam memartabatkan Islam.

Tapi hairannya, kenapa bila ada artis yang kembali pada mengamalkan agama Islam yang lurus diangkat dan ditatang dengan hebat. Seolah-olah mereka menjadi hujah akan kebenaran agama Islam itu. Islam tetap hebat dan kembalinya artis mengamalkannya bukanlah satu hujah yang baik bahawa Islam itu benar.

Takkanlah kita nak kata, "tengok!, artispun peluk Islam!, itu membuktikan Islam itu benar!" tak kena anggapan sebegitu. Tapi itulah yang berlaku setiap kali artis kembali pada mengamalkan agamanya. Dia akan diusung serata tempat untuk mengajak pada Islam. Eloknya usunglah artis tersebut pada teman-teman artisnya yang masih liar agar meninggalkan aktiviti sebegitu.

Artis berlakon atau menyanyi termasuk dalam kategori golongan seni. Mereka seangkatan dengan angkatan seni lain seperti seni melukis atau seni bahasa. Terdapat juga seniman ahli bahasa yang melakarkan puisi memuji ketuhanan sehingga menggambarkan Tuhan seperti makhluk.

Antara artis nyanyian puisi seperti itu adalah Abiet G Ade yang banyak menggambarkan Tuhan mengikut imaginasinya. Ada lagunya yang ayatnya berbunyi sebegini:

"sedangkan Tuhan di atas sana tak pernah menghukum,
dengan sinar matanya yang lebih tajam dari matahari..."

Setiap kali mendengar ayat-ayat sebegitu rasa seram bulu tengkuk. Apakah begitu gambaran Tuhan yang mahu disebarkannya?

Ada juga ayat-ayat senikata lagu seperti "berbicara bahasa Tuhan..." yang menjadi antara lagu popular di negara kita suatu masa dulu. Apa maknanya ayat tersebut? apakah Tuhan berbicara dengan sesuatu bahasa? yang berbunyi, yang berintonasi, berhenti dan bersambung dan sebagainya?...orang seni akan berkata itulah seni, orang tak seni tak akan memahaminya.

Ya! memang saya tak faham dan saya menjauhkan diri daripada menggambarkan Tuhan selain daripada yang sesuai untukNya sahaja.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Berlainan agama - Perkahwinan sandiwara Saif/Kareena

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. yang buat lirik berbicara bahasa Tuhan tu, adalah Bob Lokman..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !