Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

15 October 2012

Kenapa kerajaan PR perlu banyakkan kilang cokelat

  Ano Nyme       15 October 2012
Terdapat bahan yang dipanggil 'Flavonoids' dalam cokelat. Bahan tersebut didapati mengandungi antioksida yang tinggi dan membantu meningkatkan kecerdikan manusia. Berdasarkan maklumat tersebut seorang penyelidik, Franz Masserli mula melihat samada wujud hubungan antara jumlah pengambilan cokelat dengan pencapaian sesebuah negara.

Beliau menyusun maklumat negara yang rakyatnya menerima anugerah nobel yang didapatinya dari wikipedia  terhadap jumlah pengambilan cokelat di setiap negara tersebut. Data yang menarik itu menunjukkan bahawa lebih banyak jumlah pengambilan cokelat di sesebuah negara, maka lebih ramai saintis dari negara itu menerima anugerah nobel!.

Oleh itu jika negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat mahu melahirkan ramai rakyatnya yang cerdik dan celik sains, mereka perlu memikirkan untuk meningkatkan penghasilan cokelat di negeri mereka dan buat kempen 'Makanlah cokelat banyak-banyak!'


Komen pakar dalam hal tersebut menyatakan bahawa fenomena itu tak ada kena mengena dengan jumlah pengambilan cokelat. Sebaliknya ia berkait rapat dengan kekayaan.

Negara yang jumlah rakyatnya makan cokelat dengan banyak adalah negara yang kaya. Untuk memajukan bidang sains dan penyelidikan memerlukan sebuah negara yang kaya. Oleh itu hakikat sebenarnya adalah, negara yang banyak saintis hebat-hebat adalah disebabkan negara tersebut kaya.

Jika begitu, tak salah juga untuk kita galakkan rakyat makan banyak cokelat. Untuk membolehkan mereka banyak makan cokelat, mereka terpaksa ada banyak duit dan terpaksa berusaha menjadi kaya. Bila rakyat kaya, maka secara terus, negeri juga akan kaya dan maju.

Mungkin negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor tidak ada sebarang masalah dalam hal memajukan sains dan teknologi di negara kita. Tapi negeri seperti Kelantan dan Kedah perlu melebihkan usaha penggalakkan industri cokelat untuk memajukan rakyat mereka.

Nampaknya macam cerita lawak, tetapi kadangkala sains memang sesuatu yang lawak!...sumber
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa kerajaan PR perlu banyakkan kilang cokelat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !