Nasib baik teknologi perubatan dah maju sekarang. Darah tersumbatpun mereka boleh lancarkan semula. Kalau 10 tahun dulu, alamat kojol atas katil sahajalah jawabnya dengan diiringi bacaan Yasin orang kampung.
Ramai daripada kita yang bacaan kolestrolnya terlalu tinggi. Mereka yang semuda 30-an juga tidak lepas dari menghadapi masalah begini. Semuanya di sebabkan gaya hidup kita yang lebih menuju ke arah cepat mampus dalam zaman moden ini.
Gaya hidup kita yang suka makan banyak tak berhenti, lepak duduk berjam-jam sambil hisap rokok atau minum teh, kopi dan lain-lain, ditambah lagi dengan pemalas untuk berjalan lebih sedikit walaupun beberapa langkah ke kedai runcit, semuanya melengkapkan lagi perlumbaan cepat mampus manusia moden.
Zaman dulu kala, bukan senang nak jumpa kedai makan. Makanan pulak lebih bersumberkan alam. Nak ke kedai makan pulak terpaksa mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya setimba terlebih dahulu sebelum sampai dan makan. Semua ini membuatkan manusia sihat, slim dan perkasa
Zaman sekarang, makanan keluar dari serata tempat. Dalam mesin tepi jalan ada makanan. Berjalan setapak jumpa kedai runcit. Dalam kedai terdapat beribu-ribu benda mengunyah. Teknologi makanan cukup maju untuk membuatkan kita tak berhenti melantak.
Kedatangan para kapitalis pulak memajukan segala industri pemakanan kita. Kita perah habis-habisan segala sumber mekanan samada dari langit, darat atau laun untuk pastikan manusia sentiasa dapat melantak tanpa henti. Lebih banyak orang makan lebih untung para kapitalis.
Masalah kesihatan banyak berpunca daripada perut yang disumbat tanpa henti. Kapitalis suka manusia ikut nafsu. Bila kuat makan, banyak penyakit. Bila banyak penyakit banyak perlu ubat-ubatan berupa dadah yang mahal. ini membuatkan mereka menjadi lebih kaya lagi apabila manusia terpaksa makan ubat demi ubat.
Ringkasnya jika kita tak lawan keadaan kemewahan makanan yang berleluasa kini, kita juga akan terperangkap menjadi mangsa kapitalis. Oleh itu, apa salahnya kita puasa setiap isnin dan khamis, rajin bersenam, dan makan berpada-pada terutamanya buahan dan sayuran.
Bagi mereka yang kolestrol tinggi, anda mungkin boleh kurangkannya sehingga 23% dengan makan sebiji buah epal setiap hari. Jadikan amalan ini berterusan untuk kesihatan anda. Baca maklumatnya di sini
dan amalkan minum jus saderi/seleri..
ReplyDeleteamalkan setiap hari..
lepas sebulan cuba gi cek doktor bagi yg ada masalah kolesterol..insya Allah dah takde.
mukin ada yg tak suka rasa saderi/seleri, boleh campurkan dgn epal hijau..
Tq for sharing...
Delete