Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

01 November 2012

Muallaf Filipina islamkan lebih 1,000 orang sejak peluk Islam

  Ano Nyme       01 November 2012
Ronaldo bekerja di sebuah restoran di Riyadh. Pada satu hari kawan muslimnya bertanya "kenapa kamu tak sembahyang bersama kami? tak mahukah kamu masuk syurga jika kamu mati malam ini?".

Soalan itu membuatkan Ronaldo mula mencari ilmu tentang agama Islam. Dia takut tidak dapat masuk syurga hanya disebabkan dia bukan seorang muslim. Selepas itu dia juga menemui dalam Al-Quran yang mengatakan tidak ada agama yang diterima oleh Allah melainkan agama Islam.

Akhirnya dia mengucapkan dua kalimah syahadah dan menjadi seorang pendakwah. Dalam tempoh beberapa tahun saja usaha dakwahnya terhadap orang-orang asia di sana, dia telah berjaya mengislamkan lebih seribu orang termasuklah seluruh keluarganya.


Bila orang bukan Islam baka mendapat hidatah, kebiasannya dia cukup mengerti nilai menjadi seorang muslim. Mereka biasanya tidak akan duduk diam jika tidak berusaha berkongsi nikmat tersebut bersama manusia lain.

Kita yang lahir-lahir terus Islam ini nampaknya jauh ketinggalan berbanding mereka. Kebanyakan daripada amalan serta pemahaman kita adalah sekadar ikut-ikutan dan ramai daripada kita yang tidak pernah menghabiskan pembacaan Al-Quran dalam bahasa yang difahaminya (tafsiran) sedangkan itu merupakan satu perkara yang terlalu besar berbanding segala apa saja buku novel, politik, non-fiction,buku motivasi atau lain-lainnya yang pernah kita habiskan.

Fikir-fikirkanlah! baca cerita asalnya di sini
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Muallaf Filipina islamkan lebih 1,000 orang sejak peluk Islam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !