Golongan yang inginkan roh Islam bertunjang ke dalam sanubari anak-anak mereka tidak patut dipadamkan. Oleh itu bagi mengatasi masalah dana dan saraan para pelajar yang miskin, kita terpaksa menawarkan program tajaan pada mereka yang ada lebihan rezki agar dapat sama-sama membantu Maahad menjayakan matlamat melahirkan Agen Pengubah Masyarakat. Insyallah!
Berikut maklumat kos bagi seorang pelajar sepenuh masa berasrama penuh:
- Yuran pendaftaran - RM50.00
- Yuran bulanan - RM400.00
- Dana pembangunan - RM20.00
- Peperiksaan - RM15.00
- Buku log - RM5.00
- Amal Islami - RM50.00
- Ihtifal - RM20.00
- Deposit tilan & almari - RM90.00
Jumlah kos pelajar baru sebagaimana tertera di atas adalah RM650.00 yang berupa jumlah permulaan sahaja. Kos seterusnya adalah RM400 sebulan bagi perbelanjaan asrama dan juga makan minum. Yuran yang disebutkan di atas tidak termasuk pakaian, alatulis dan juga buku. Jangkamasa tamat belajar adalah selama 3 tahun.
Sebenarnya kita tidak menghalang sebarang sumbangan dalam berapa jumlah sekalipun. Namun pihak Maahad merasakan program tajaan akan menjadi lebih indah jika kita menetapkan sumbangan dari seseorang atau berkumpulan terhadap seorang pelajar yang ditetapkan sebagai program anak angkat.
Pihak Maahad akan memberikan laporan secara berterusan terhadap pelajar yang ditaja kepada para penaja agar perkembangan mereka dapat diikuti. Ini dapat menimbulkan rasa kesyukuran para penaja melihatkan hasil sumbangan mereka berjaya membuahkan seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat. Insyallah.
Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan talian di bawah:
- Pejabat: 03-3393 2471
- Ust Abdul Hadi: 013-2007 123
- Ust Sabri: 012-942 3051
Atau boleh hubungi saya sendiri di 019-226 0807
Untuk makluman semua pengajian berjalan sekarang berjalan di No 30-2, Lorong Az-Zaharah A10/A, S Alam 2, Bandar Puncak Alam, Selangor dengan jumlah pelajar seramai 90 orang termasuk pelajar sepenuh masa, separuh masa dan juga pelajar Iqra.
Maahad Habibullah kini bekerjasama dengan Maahad Tahfiz Khalifah Abd Khalip di Tanjung Karang yang ditimpa bencana kebakaran pada bulan puasa lalu. Usaha pembaik pulih sedang giat dijalankan dengan mencari dana-dana yang mencukupi untuk menjalankan pengajian pada Januari 2013 akan datang.
Maahad Habibullah akan bertindak sebagai pusat pengurusan setempat dalam urusan pengambilan pelajar, tenaga pengajar dan pengumpulan serta pengurusan dana. Maahad di Tanjung Karang akan lebih berorientasikan Madrasah yang bahasa pengantarnya adalah dalam Bahasa Arab. Insyallah.
Sumbangan semua pihak yang prihatin amat-amat dialu-alukan bagi memulihkan Mahaad Tahfiz Khalifah Abd Khalip.
- Nama Bank: Bank Islam
- Nombor akaun: 1208-3010-0221-46
- Penama akaun : S.A.R Khalifah Abd Khalip
Sila sms pada 019-226 0807 jika anda berikan sumbangan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !