Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

27 October 2012

Sayur organik sama saja dengan yang biasa?

  Ano Nyme       27 October 2012
Pasaran tanaman organik meningkat di Amerika daripada USD3.5 billion pada 1996 kepada USD28.6 billion pada tahun 2010. Ini menunjukkan orang ramai percaya dengan membeli tanaman organik mereka kan lebih selamat.

Tanaman biasa dikhuatiri mengandungi racun serangga yang boleh menjejaskan kesihatan mereka yang menggunakannya. Oleh itu mereka yang melihat ketakutan ini sebagai satu peluang buat duit telah menawarkan tanaman organik. Harga yang ditawarkan pula jauh lebih tinggi daripada tanaman biasa.

Di negara kita juga pasaran tanaman organik sudah mula mendapat tempat. Di pasaraya besar pasti ada kawasan yang menyediakan tanaman organik tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada sayuran atau buah-buah biasa.


Masalah yang timbul hasil daripada ketakutan orang ramai terhadap bahaya racun tanaman adalah apabila mereka mengambil pendekatan dengan mengurangkan makan sayur dan makan buah di sebabkan terpaksa membeli tanaman organik yang jauh lebih mahal.

Bahaya tidak makan atau kurang makan buah dan sayuran terhadap kesihatan adalah jauh lebih teruk daripada makan tanaman yang menggunakan racun serangga. Ini di sebabkan penggunaan racun pada tanaman adalah dalam kuantiti yang dibenarkan dan masih dalam tahap tidak membahayakan manusia.

Kajian juga menunjukkan tanaman organik tidak terbukti mendatangkan apa-apa kelebihan pada kita berbanding tanaman biasa. Oleh itu kenapa membazirkan wang membeli tanaman organik dan dalam masa yang sama terpaksa kurangkan makan sayura dan buah sebab harga tanaman organik mahal.

Tambahan:
Walaubagaimanapun, penggunaan racun serangga perosak di Malaysia kebanyakannya diragui samada mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tidak. Laporan daripada persatuan pengguna menunjukkan terdapat banyak sayur yang berlebihan kandungan racun yang boleh membahayakan pengguna.

Keadaan ini tidak mengejutkan kita kerana Malaysia terkenal mempunyai undang-undang yang terbaik di dunia tetapi malangnya tahap penguatkuasaan yang cukup buruk. Ini membuatkan apa saja undang-undang tidak menghasilkan matlamat yang dikehendaki.

Oleh itu jalan selamat bagi rakyat Malaysia adalah dengan makan sayur dan juga buah-buahan yang ditanam sendiri. Kalau nak beli buah pastikan anda membeli buah yang diimport dari Amerika atau lain-lain negara Eropah yang mengawal penggunaan racun serangga pada industri pertanian.

Alahai....! malangnya rakyat Malaysia?

Baca laporannya di sini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Sayur organik sama saja dengan yang biasa?

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. salam....sila betulkan artikel atau delete ja..., sumber tuan ambik tu dr amerika...depa kawal betul penggunaan racun...

    petani kita terutama di cameron tu, banyak amik racun yg diharamkan. amik dr siam... racun bahaya yg boleh sbb banyak penyakit. ini fakta kes. sila rujun kementerian etc.

    kalau takdak duit nak beli organik. tanam sendiri or basuh bersih etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada kah petani yang jujur dan tahu menggunakan racun dengan betul di negara kita?

      Delete
  2. "Ini di sebabkan penggunaan racun pada tanaman adalah dalam kuantiti yang dibenarkan dan masih dalam tahap tidak membahayakan manusia."

    Siapa yang pantau dan siapa yang mengikut.Semua petani komersial yang saya soal hanya nak selamatkan tanaman mereka untuk mengaut keuntungan dan tidak peduli kesan keracunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua! hebat tuan buat kerja berapa jumlahnya tu boleh saya tahu? Malangnya rakyat Malaysia jika semua petaninya jahat!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !