Malaikat diperintahkan menemui seorang yang berpenyakit sopak. Dengan merupakan dirinya sebagai manusia maka malaikat lalu menemui si sopak. Ditanya pada si sopak apakah permohonannya, kerana doanya akan dimakbulkan.
Si sopak lalu meminta agar kulitnya kembali elok seperti manusia normal. Lalu malaikat mengusap kulit si sopak dan dengan izin Allah kembali elok rupa kulitnya. lalu malaikat bertanya apakah yang dia mahu sebagai modal mula menjalani kehidupan baru.
Si sopak memohon agar dia dikurniakan sepasang unta. Dengan sepasang unta itu si sopak mengembalanya dengan gigih lalu membiak ternakannya memenuhi lembah dan dia lalu menjadi kaya raya.
Setelah itu Malaikat lalu pergi menemui si botak dan mengulangi apa yang dilakukannya pada si sopak tadi. Begitulah juga ianya berakhir dengan sibotak tumbuh kembali bulu-bulu pada tubuh bandanya dan kepala bertukar menjadi seorang yang kacak. Diberikan pada si botak sepasang lembu dan membiaklah ternakannya memenuhi lembah yang luas. Kaya raya si botak.
Akhir sekali Malaikat menemui si buta. Perkara sama berulang dan sibuta kembali celik dan dengan dua ekor kambing dia memulakan hidup baru. Ternakannya membiak memenuhi segenap lembah dan menjadi kaya raya si buta.
Ujian Allah
Setelah sekian lama Malaikat diutuskan semula menguji ketiga-tiga orang yang tersebut di atas. Dengan menyerupai manusia yang terkena sopak dia menemui si sopak. Lalu dia memohon belas ehsan agar dikurniakan barang sepasang unta untuk dia jadikan modal memenuhi kehidupannya.
Lalu si sopak dengan angkuh memberikan berbagai alasan dan menolak permohonan tersebut. Lalu malaikat bertanya bukankah engkau dahulunya seperti aku lalu dengan pertolongan Allah engkau berubah menjadi senang.
Semua itu dinafikan si sopak dan mendakwa itu semua adalah hasil usaha kerasnya dan ia adalah warisannya turun temurun dan mendakwa dia dari keturunan yang elok-elok. Lalu Malaikat berdoa jika benar katamu engkau selamat, jika tidak kembalilah engkau seperti keadaan asalnya. Berlakulah bencana pada si sopak lalu dia kembali kepada keadaan asalnya semula.
Perkara yang sama berlaku pada si botak yang menafikan dia asalnya botak dan susah. Dia juga mendakwa kekayaannya hasil dari usahanya sendiri. lalu jatuhlah bencana pada si botak dan dia kembali seperti asalnya.
Malaikat menemui si buta dengan menyerupai sebagai manusia yang buta lalu memohon belas ehsan si buta agar membantunya dengan dua ekor kambing. Si buta lalu termenung dan berkata, aku dulu seperti engkau juga. Ambillah sebanyak mana kambing-kambing yang baik-baik dan tinggallah apa yang engkau tidak suka sahaja pada ku. Masyallah hebatnya si buta!, hatinya putih bersih dan selamatlah dia daripada ujian......
(Cerita di atas di ambil daripada Hadith di dalam Kitab Riyadus Solehin karangan Imam Nawawi)
Bagaimana dengan harta yang anda dapat sekarang? Adakah ianya hasil dari kurniaan Allah atau atas usaha kehebatan anda sendiri? dan adakah anda juga menjadi kemut dan kedekut dengan permohonan bantuan melepaskan kesusahan orang lain? Anda sendiri fikirkanlah samada anda punyai alasan yang kukuh untuk menolak permohonan bantuan.
Sila rujuk permohonan bantuan saya http://www.wartashubhi.blogspot.com/2012/10/kenapa-surau-ini-perlu-duit-anda.html
Pada mereka yang telah menyumbang, saya doakan kesejahteraan tuan/puan semua. Moga Allah kurniakan yang lebih baik lagi di dunia dan juga di akhirat. Berikut saya lampirkan senarai kemasukan wang ke dalam akaun yang saya berikan. Sila semak TK
3/10/12 - Dep - RM5,000
5/10/12 - Csh - RM60
5/10/12 - Trf - RM50
5/10/12 - Trf - RM1,000
5/10/12 - Cre - RM1,000
5/10/12 - Cre - RM100
5/10/12 - Cre - RM20
5/10/12 - Cre - RM20
6/10/12 - Csh - RM1,000
6/10/12 - Csh - RM50
6/10/12 - Trf - RM100
8/10/12 - Cre - RM100
8/10/12 - Cre - RM50
Jumlah baki wang dalam akaun pada 9/10/12 adalah RM9,160.65
Insyallah akan saya kemaskini selepas ini dengan perkembangan yang baru. Jazakallahu Qaira!!!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !