Janji Cikgu Harith sebelum meninggalnya ayahnya akhirnya tertunai bila sekolah agama Maahad Taffiz tersebut siap dibina di atas tanah seluas lebih dari seekar. Bertungkus lumus Cikgu Harith mengusahakannya seorang diri. Semua kerja dilakukannya daripada pengurusan, pemasaran, operasi sehinggalah ke tukang masak dilakukan oleh Cikgu Harith.
Malang tak berbau, sekolah yang baru terbina dan bermula dengan 6 orang pelajar itu terbakar. Habis kesemua asrama di bahagian atas sekolah hangus dijilat api...bayangkan perasaan Cikgu Harith menyaksikan semua itu musnah. Ia berlaku baru-baru ini dua hari sebelum raya puasa!
Kenapa aku melawat ke sana?
Tujuannya adalah untuk menggabungkan pengurusan sekolah tahfiz tersebut dengan sekolah Tahfiz yang aku libatkan diri sebagai projek kebajikan anak angkat aku. Sekolah yang aku maksudkan itu dipanggil Maahad Habibullah Al-Hafiz, Bandar Puncak Alam.
Dengan tenaga kerja pengurusan dan juga pengajar yang kami ada, aku yakin jika digabungkan dengan segala usaha cikgu Harith boleh menghidupkan semula sekolah yang terlah terbengkalai tersebut dan seterusnya diperbaiki pengurusannya dengan lebih mantap melalui aktiviti pemasaran, mengurusan dan pengumpulan dana di bawah satu bumbung.
Aku perlukan sokongan semua umat Islam yang berkemampuan untuk menyumbangkan sekadar yang termampu. Sumbangan serendah RM1 tetap kami terima bagi menjayakan projek ini. Lihat gambar bangunan yang ditimpa bencana itu di bawah:
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !