Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 November 2012

Masalah Tulang? - Jumpa pakar tulang tradisional Cina

  Ano Nyme       19 November 2012
Lorong 1, Kg Ungku Mohsin, Johor Bahru, Johor.

Ini alamat paling mudah untuk berjumpa Pakar Tulang Tradisional berbangsa Cina. Dari kecil sehingga besar kini, kami sekeluarga masih setia berkunjung ke sana jika terdapat kecederaan tulang; terseliuh, terpatah atau sebagainya.

Saya sempat bertanyakan Sifu Cina tersebut, sudah tua tapi masih berbadan sasa seperti pelakon kungfu cina, manis dengan senyuman, dan memang hebat, dia mengatakan bahawa rumahnya sendiri yang dijadikan pusat tumpuan telah beroperasi sejak 1963.


Kini, anak-anaknya juga membantu dan mempunyai bakat yang sama, tetapi bapanya tetap menjadi pilihan kami sekeluarga. Rasa-rasanya, pakar tersebut terkenal di seluruh Johor especially di kalangan orang cina.

Malah ramai juga pengunjung dari negeri lain yang mencuba rawatan di sana. Bukan sahaja cina, malah Melayu, India dan juga warga asing dari Indonesia dan Singapura juga mendapatkan rawatan di sana.

Harga rawatan juga tidak mahal. Jika mendapatkan rawatan membetulkan keadaan tulang sahaja, harganya sekitar RM15. Manakala jika ditampal dengan ubat-ubatan herba cina, harganya sekitar RM20-25. Dan rawatannya selalunya memuaskan.

Percaya atau tidak, Uncle tersebut boleh mengesan kedudukan tulang yang tidak stabil dalam badan hanya dengan memegang kawasan tersebut yang sakit, dan memberitahu pesakit sambil sempat mengusik. Dan cara yang dilakukan dengan menarik kawasan tersebut dengan kuat, sekaligus membetulkan keadaan tulang yang tidak tepat.

Oh ye..paling hebat... rawatan itu diadakan di hadapan orang ramai yang menunggu giliran untuk rawatan mereka. Terdapat juga pesakit yang boleh meminta special request untuk mendapatkan rawatan di dalam bilik (contohnya Muslimah yang menjaga aurat).

Ini bukan promosi, tapi sekadar berkongsi, kerana rasa-rasanya Uncle tersebut tidak pernah langsung promosi di alam maya, dan kemahirannya sangat diakui. Jika anda ingin mendapatkan rawatan, sila ambil nombor giliran dengan cepat kerana kebiasaannya jam 8 pagi, angka giliran sudah mencecah angka 30 dan terpaksa menunggu lama.

Usaha dalam menjaga kesihatan dibolehkan di mana-mana sahaja selagi mana tidak melanggar hukum syara'. Boleh lihat gambar-gambar di bawah, ada pesakit India, Cina, dan Melayu. Gambar diambil dari jauh kerana tidak mendapat kebenaran pesakit, hehe..maaf ye..



Sumber
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Masalah Tulang? - Jumpa pakar tulang tradisional Cina

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. Salam semua...

    Apasal jauh sangat.... dah la aku ni miskin...

    ReplyDelete
  2. xder no fhone ke..coz i dr kl..takut bila pg xde plak..masih buka ke smpai skrg??

    ReplyDelete
  3. Kalau slip disc bole ke...sy pun tak tau apa bendanya slip disc tu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kalau slip disc bole ke?sy pun tak tau apa bendanya slip disc tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti pulak. Slip dics tu melibatkan tulang belakang yang lari. Bahaya kalau tersilap cara.

      Delete
    2. Tu la..sy ada kawan yg mengalami slip disc ni,bila tnya dia kata sakit la jugak tp bole jalan lg...

      Delete
    3. cuba senaman yang saya kongsikan dalam blog ini...taip perkataan tulang belakang pada kotak carian di atas. Insyaallah berguna!

      Delete
    4. Ok..terima kasih di atas perkongsian ini...

      Delete
  6. Lorong 1 Kg ungku mohsin tu kat area mane ye...dekat2 ngan bangunan ape ye....

    ReplyDelete
  7. Lorong 1 kg ungku mohsin tu dkt dgn area mane ye...dekat bangunan ape ye...detail info...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !