Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

31 December 2012

Seronokkah anda Melayu jadi warga kelas 3?

  Ano Nyme       31 December 2012
Orang Melayu seperti saya:

  • Yang tinggal di Tanah Melayu, sejak lama dulu. Sebab itu tanahnya dinamakan sempena nama bangsa kita.
  • Yang diperintah oleh Champion World Heavyweight pembela bangsa-bangsa Melayu (UMNO)
  • Yang mempunyai seramai 9 Raja dan Sultan lengkap berkeris dan berdaulat yang sejak datuk nenek kita dulu menjadi ketua pembela agama dan hal ehwal kehidupan adat resam kita.
  • Yang punyai berbagai keistimewaan seperti mana yang dijanjikan oleh pembela mereka (UMNO)
  • Yang cukup taat pada Raja-Raja mereka (diketuai oleh JATI, PERKASA Dll)
  • Dan banyak lagi keistimewaan lain
Orang Melayu itulah kini menduduki status warga kelas 3, paling hina berbanding 3 bangsa utama lain yang ada turut sama menumpang Tanah Melayu iaitu India, Cina dan Melayu.

Walau bagaimanapun mungkin anda Melayu boleh berbangga kerana ramai yang mewarisi kepahlawanan hang Tuah dengan menjadi Polis, Tentera, Bodyguard dan lain-lain seumpamanya.

Walaupun orang kaya tersebut adalah Cina atau India, wajib pengawal peribadinya atau lebih dikenali sebagai machai adalah dari kalangan orang melayu. Kerana bangsa kita amat setia seperti hang tuah yang tetap taat hatta pada raja yang mangkaq!.

Sekadar luahan saya setelah membaca tulisan A kadir Jasin
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Seronokkah anda Melayu jadi warga kelas 3?

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. 'tanahnya dinamakan sempena nama bangsa kita'

    yg mana dulu, nama negeri/negara atau bangsa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang aku tau, semenanjung yang kita tinggal ni dipanggil semenanjung tanah melayu hasil dari terjemahan bahasa inggeris yang menamakannya Malay Peninsular.

      Lepaih tu kaum penjajah British bawak mai orang Cina sebab cina rajin dan tinggi produktiviti manakala Melayu malaih dan produktiviti rendah (itu depa kata, aku tak tau betul ke tidak!).

      Cina yang mat saleh tu bawak kini memiliki sebuah negara di sebelah rumah kita iaitu negara Singapura, depa merempat mai sini cari makan berakhir dengan menguasai satu negara maju dan penduduk asalnya (Melayu) jadi macam rakyat Palestin kat Gaza - baguih sikit sebab Melayu sana rela)

      Itulah tanah yang aku rujuk berdasarkan sejarah. Semenanjung Tanah Melayu tu sekarang kita namakan sebagai Malaysia, itupun masih ada perkataan 'Malay', cuma ditambah sia saja. Mungkin bermakna Melayu yang mensia-siakan buminya...

      Delete
  2. aku setuju komen hang ni. baru aku sedaq akulah melayu kelas tiga walaupun melayu mejoriti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...jika panjang umur kita akan melihat bangsa rohingya dan myarmar pula menjadi kelas ke3.
      Bangsa melayu akan merempat dan jadi "babu" di negara sendiri. lagi pun orang melayu mempunyai satu sifat yang hebat.....Tak apa...tak apa....

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !