|
Kawasan wuduk |
Aku ada masukkan dalam blog ni
gambar sebuah masjid yang ringkas dan menarik yang aku lihat di Kuala Selangor sebelum ini. Aku tertarik dengan senibinannya yang ringkas tapi menarik kemas dan rapi. Aku yakin kosnya juga tidaklah setinggi binaan Masjid-Masjid lain yang cukup hebat dengan hiasan bertatahkan ratna mutu manikam.
Aku sangkakan Masjid sebegitu hanya terdapat di situ sahaja. Namun baru-baru ini aku ke Utara menggunakan jalan lama. Sedang melalui jalan di Tanjun Malim aku terserempak dengan sebuah masjid yang mempunyai reka bentuk saling tak tumpah sebagaimana yang terdapat di Kuala Selangor.
Berkemungkinan ianya daripada kontraktor dan arkitek yang sama. Kali ni aku ambil gambar lebih sedikit sebab waktu siang. Lagi tak ada orang ketika itu dalam waktu sekitar pukul 11 pagi.
Cu alihat bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan masjid tersebut. Ringkas dan manrik. Masjidnya juga lapang dan bersih serta nyaman sekali.
|
Ruang depan |
Yang paling penting Masjid jenis itu hanya satu tingkat dan tak perlu naik tangga sebagaimana kebanyakan masjid laian sekarang ini yang menyusahkan ramai veteren yang sering ke Masjid.
|
Dinding ringkas dan menarik |
Masjid tinggi yang memerlukan naik tangga ke dewan utamanya banyak menyusahkan orang tua-tua. Takkan kita mahu tidak galakkan orang tua-tua melazimkan diri ke masjid dengan menyusahkan mereka?. Bagi aku design Masjid yang bertangga tinggi membuatkan ia tidak kondusif bagi warga tua. Aku sering dengar dan lihat sendiri orang tua jatuh tersepuk dan patah kaki ketika sedang tergocoh-gocoh naik tangga nak berjemaah.
|
Menara Masjid |
Tahap bahaya tangga masjid ditambahkan lagi dengan pemasangan mar-mar yang cantik tetapi licin sebagai perangkap untuk memejamkan mata orang tua-tua lebih awal. Mungkin para perekanya berniat baik untuk memastikan ramai orang tua-tua meninggal jatuh tangga di Masjid, kerana mati ditangga masjid ketika mahu bersolat dilihat baik dan mulia.
|
Ruang dalam masjid |
|
Musafir tumpang tidur di luar ruang legar Masjid |
|
Taman tempat rehat di depan masjid |
cantik...k.slgr n tg makim ni kat mana... d pekan depa ka? nama?
ReplyDeleteKalau Kuala Selangor tu, datang dari Ijok di simpang T trafic light pusing ke kiri (arah Klang) hanya dalam lingkungan 300 meter dari trafik light tu.
DeleteMungkin betul macam saudara bawah ni komen, itu kat Ulu Bernam, silap tak ambil alamat masjid tu...lepas ni ada kesempatan ambil lain Insyallah.
ni kat hulu bernam bukan tanjung malim
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat
Deletetapi syg...bila 'Asar..apa lagi Suboh..... bnyk sejadah dari jemaah....
ReplyDeletebetul, sejadah lebih banyak dari jemaah di kebanyakan masjid dan surau. kita ajar anak-anak kita pergi berjemaah
DeleteSatu aje nak komen. Tempat wuduk patut ada dinding (sori ..senang macam "tempat buang air kecil tandas lelaki" tu) untuk mengelak air terpercik kepada jemaah lain. Longkang bawah juga patut lebih dalam, juga untuk mengelak air terpercik. Hampir semua masjid di Malaysia tiada, tapi di Indonesia ada.Ini komen umum bagi semua pihak terlibat.
ReplyDelete