Sekarang ini, tidak ada seorang lagipun keluarga ayah aku yang tinggal. Semuanya dah pergi dan terakhir sekali adalah Pak Cik Hassan, yang merupakan adik kepada ayah dan bapak saudara yang paling panjang umur di antara keluarga mereka.

Bila terifikirkan itu, aku terasa ada satu tugas penting yang perlu aku jalankan. Iaitu memperkenalkan saudara mara keturunan mereka kepada anak-anak aku. Agar bila satu hari nanti mereka berselisih berlaga bahu, dapat kenal.

Antara tempat untuk memperkenalkan anak-anak pada saudara mara mereka adalah di waktu adanya kenduri kendara. Aku tanam azam sekarang akan cuba menghadiri kenduri keluarga setiap kali ada kesempatan dan bawa bersama seluruh keluarga aku.
Cuma malangnya kenduri sekarang sudah tak maca dulu. Saudara mara hanya pergi waktu makan, bila dan kenyang terus balik. kalau tunggupun tak ada benda nak buat. kalau berkumpul dalam khemah, orang ramai yang belum makan tak ada tempat pulak. jadi nak mudahkan urusan lepas melantak blah balik, itu yang ramai orang kita buat sekarang.
Teringat masa keluarga aku buat kenduri dulu kahwinkan abang, adik beradik dah datang bertandang seminggu sebelum kenduri lagi. Semua kerja diuruskan secara gotong royong. Semua saudara rapat akan mula datang makan tengah hari, malam dan pagi dirumah kenduri.
Seronok masa tu sebab bagi yang tinggal berjauahn akan bawa anak-anak mereka bersama. Sepupu sepapat akan bersuka ria dan menjadi rapat. Jika bukan semua sepupu yang datang, sekurangnya kita akan rapat dengan sebahagian daripada saudara yang ada.
Aku lihat orang tua-tua dulu ambil berat sangat bila ada kenduri. Mereka akan cuba pergi walaupun terpaksa di naik kereta tolak. Bagi mereka meraikan saudara, rakan dan jiran yang kenduri cukup penting. Sebab itu mereka rapat bekerja sama berbanding kita yang kekadang terserempak saudara cedera kena langgarpun buat tak tahu!.
Ramai orang tua kampung yang telah pergi yang aku masih ingat dulu kayuh basikal dari Kubang Semang ke Pulau Pinang semata hanya untuk makan kenduri. mereka pergi dua atau tiga orang siap dengan berpakain kemas.
Kalau nak harapkan orang sekarang, ada kereta barupun belum tentu akan bersusah payah untuk pergi makan kenduri saudara. Ada saja alasan untuk menguzurkan diri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !