Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 March 2013

Rumah P Ramlee

  Ano Nyme       10 March 2013
 Bagus jugak mereka kekalkan rumah asal tempat kelahiran P Ramlee di Pulau Pinang. Selain daripada menyimpan koleksi kenangan beliau, rumah tradisi kampung Melayu Pulau Pinang itu mengimbau kenangan lalu bagi mereka yang tidak berkesempatan melalui zaman kampung.

Perkampungan kita semakin lama semakin berubah. Kampung sedikit demi sedikit digantikan dengan Taman-taman perumahan yang lebih teratur dan sistematik. Walaupun lebih teratur, sistem Taman sebenarnya membunuh budaya perhubungan erat serta tradisi kekeluargaan yang pernah ada dalam suasana perkampungan dulu.
 Ada dua perkara yang aku teringat bila melawat rumah P Ramlee baru-baru ini.

  • Pertamanya rumah lama jiran-jiran tetangga serta kawan-kawan ketika aku kecik-kecik dulu. Jika cuti sekolah kami akan ronda sekeliling kampung secara berkumpulan. Bila letih atau dahaga, rumah sesiapa yang paling dekat akan disinggah untuk minum air sejuk. Suasana damai sekeliling rumah P Ramlee mengimbas kembali suasana tersebut.
  • Keduanya, ia mengingatkan aku masa kecik dulu yang akan menumpang tengok TV cerita P Ramlee di rumah jiran yang ada TV. Setiap hari jumaat malam sabtu,  aku akan ke rumah Cikgu Hamid untuk tumpang tengok cerita di TV. Ternganga aku depan TV begitu asyik sekali dan cerita yang aku tonton akan dikenang seminggu sebelum datangnya semula hari jumaat, satu-satunya hari aku berpeluang tonton TV.

Tingkap sebegini dah kurang sekarang ini


Dinding beranda sebegini juga jarang ditemui sekarang

Lihat suasana bawah rumah yang aman damai dijadikan tempat melepak. Bahagian atas berdingding zink itu adalah
para yang terletak di dapur


Walaupun kecil, tapi kemas dan manarik

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Rumah P Ramlee

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !