Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 March 2013

Rupa Jamban P Ramlee

  Ano Nyme       12 March 2013
Antara benda yang cukup menarik ada di rumah P Ramlee adalah sebuah bangunan kecil terletak di belakang rumah. Anak-anak aku melilau keliling bangunan tersebut mencari jawapan. Bangunan apakah ini?
Aku biarkan mereka mencari jawapan sendiri.

Jika bangunan itu masih beroperasi tentu anak-anak aku dapat teka kenapa bangunan itu wujud. Tak akan ada yang sanggup melepak berhampiran jamban jenis lama itu dek bau busuk yang dikeluarkannya.


Tapi ia sekadar pameran buat para pengunjung yang berminat melihat usasana rumah P Ramlee tempat dia dilahirkan. Ia juga bagus untuk ibu ayah macam aku membawa anak-anak mereka mengenali sistem tempat tinggal masa lalu di Pulau Pinang.
Sekali lagi aku termenung agak lama di depan bangunan ini. Aku terkenangkan jamban lama ketika aku dikampung dulu. Rupanya saling tak tumpah macam jamban P Ramlee ini. Cuma kedudukan jamban aku dulu agak tersorok dan ke belakang sedikit dari rumah. Jamban aku dulu juga terletak tak jauh berhampiran parit yang amat jernih airnya.

Banyak kisah lucu terkenang kembali bila melihat jambat tersebut. Antara yang paling tak dapat aku lupakan adalah bila tong taik yang ada di bawah lubang jamban itu dimasuki oleh seekor ayam muda. Bila abang aku mahu masuk untuk berak, dia terkejut besar bila ada seekor ayam mengelupur cuba keluar dari tong taik itu. Abang aku terus meloncat keluar mengelak dari percikan taik yang dicetuskan oleh pergerakan ayam itu.

Macam biasa, semua kerja kotor aku anak lelaki paling bongsu akan menjadi mangsa. Maka turunlah aku dengan selamba pergi ke belakang jamban dan menarik keluar tong taik. Ayam di dalamnya masih mengelupur kerana kelemasan berada di dalam tong yang penuh dengan campuran taik orang dan juga air kencing.

Ketika mmenarik tong itu badan aku serta muka sudah dipenuhi percikan taik. Bila aku tahan nafas dan menggagau dalam tong untuk menangkap ayam itu, bertambahlah lagi percikan taih ke seluruh badan serta muka!.

Aku tahan segala bau dan menghumbankan ayam masuk ke dalam parit agar dia dapat membersihkan dirinya. Sebaik saja jatuh dalam parit ayam terus melarikan diri, mungkin merasa amat lega. Dan aku terpacak melihatnya dengan badan dipenuhi najis...eeerk! ngeri bila terkenang kembali.. Sudah tentu aku tak dibenarkan masuk rumah selagi tidak membersihkan diri terlebih dulu. Aku tak lalu makan beberapa hari selepas peristiwa itu.
Ketika seluruh kampung menggunakan sisitem jamban sebegitu, ada seorang apek yang mengambil upah angkat taik pada setiap jamban di kampung. Kalau aku tak silap, sekali kosongkan tong bayarannya adalah RM2 sahaja ( mahal waktu tu, apatah lagi bagi orang yang susah.)

Apek akan kosongkan tong dengan masukkan taik ke dalam dua tong besar yang ditanggungnya atas bahu. Selepas itu dia akan membasuh tong taik dan masukkan semula di bawah lubang jamban.

Namun begitu, jika tong yang dibawa apek sudah penuh, dia akan mengorek lubang di belakang jamban untuk menimbus taik. Bapak aku memang tak gemar apek buat begini, jadi biasanya dia akan buat senyap-senyap.

Kawasan belakjang rumah itu juga merupakan tempat aku bermain. Di sebelah parit ada hutan kecil yang penuh dengan pokok binjau. aku biasanya buat pondok dan bersiar-siar di situ bila cuti sekolah. Banyak kali aku terlupa berlari di belakang jamban dan terjerumus sebelah kai ke dalam lubang taik yang dikorek oleh apek.

Bila jadi begitu, biasanya kasut selipar akan tertinggal di dalam lubang tersebut. Jika kasut itu masih baru dan aku sayang padanya, maka terpaksalah aku menggagau mencari dan menarik kembali kasut itu. maklumlah bukan senang nak beli kasut, busukpun busuklah, aku mesti dapatkan semula kasut itu dari dalam lubang taik itu.
Begitulah kisahnya kenangan jamban lama. Ramai dikalangan muda mudi sekarang sudah tidak biasa dengan sistem jamban seperti itu. Celik mereka ke dunia ini, jamban sudah bersisitem pam dan lebih bersih dan sihat.  Sebab itu mereka jarang menghargai jamban yang ada dan sering membiarkan keadaan jamban kotor setelah menggunakannya.

Jika mereka tahu nikmat kebersihan yang ada sekarang, tentu mereka akan lebih prihatin untuk mencuci mana-mana saja jamban yang kotor agar bersih.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Rupa Jamban P Ramlee

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Lepas baca entry ni teringat pula sistem jamban saya di kampung dulu. Rumah saya di tgh sawah. Jadi jambannya diletak jauh di batas sawah dalam 10-15meter macam tulah dari rumah. Bila angin tiup hala ke rumah, mmg baunya menusuk hidung. Selalunya tengaharilah. Kami juga bela ayam. Tapi ayam suka makan tahi yg masih fresh. Kadang tu siap tunggu kami berak. Tandas kami tinggi, ada 3-4 anak tangga. Tahi tak dikutip pun. Biar kering atau dimakan ayam. cycle tu akan terus berlaku dan tahi tak pernah jadi menimbun. Mungkin udara sawah membuatkan tahi jadi lekas kering. Hihi. Tapi ayam yang makan tahi tu kami tak makan. Jual kat cina tokey ayam. Dulu nak mkn ayam sekali setahun pun payah. Tunggu raya. Sebab ayam ni lbh baik dijual, dapat duit utk tampung sekolah. Eh, sangat memori lah! Paling memori bila mak saya, masa dia mengidam anak kedua, iaitu kakak saya, dia teringin mkn tahi! Lalu dia pun duduk di dapur mngadap ke batas yg ada jamban, dan tunggu angin tengahari lalu supaya bawa bau busuk tu ke bahagian dapur, dan beliau makan nasi dengan berseleranya! Hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, nostalgia memang best. Terima kasih kongsi

      Delete
  2. hoi..hoi..hoi ya hoi..kita semua gembira..pulang bawa harta..uang berjuta..mari kita lekas ke gua..bawa harta semua..janganlah tunggu lama-lama..

    ReplyDelete
  3. Mengingatkan saya ttg jamban jamban di kampung saya yang bersempadan dgn penempatan org Cina...bukan satu tapi sederet...gaya masuk jamban pun berbeza ..haha..tapi tu 40 thn lalu.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !