Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

17 March 2013

Terbaru! Surau Maahad Khalifah Abd Khalip

  Ano Nyme       17 March 2013
Minggu lepas aku pergi ke Maahad Tahfiz Khalifah Abd Khalip pada waktu malam. Selepas selesai solat magrib aku bertolak dari Shah Alam terus ke Kuala Selangor dengan melalui Puncak Alam.

Aku singgah ke Maahad Habibullah Al-Hafiz untuk mengambil seorang lagi rakan seperjuangan di situ. Dari situ kami melalui jalan belakang merentas kampung, kebun kelapa sawit yang gelap. Jalan itu akhirnya membawa kami tembus terus ke Kuala Selangor di Pekan Sg Buloh dalam kawasan Jeram.


Aku dah fasih melalui jalan tersebut sekarang setelah beberapa kali mencubanya. Aku suka ikut jalan itu kerana ianya melalui kawasan kampung yang damai. Lagipun ia merupakan jalan pintas yang cukup pantas. Rugi kalau mereka yang sering berulang alik dari Kuala Selangor ke Puncak Alam jika tidak tahu jalan pintas tersebut. Insyallah lain kali aku cuba rakamkan sedikit suasana perjalan melaui jalan tersebut.
Hari itu hari Sabtu, malam ahad dan kami mengadakan mesyuarat pada waktu malam kerana masing-masing sibuk. Oleh kerana komitmen perlu ada, maka semua terpaksa korbankan juga masa malam tersebut untuk berjumpa dan membincangkan perkembangan usaha yang sedang kami jalankan.

Alhamdulillah!, semuanya berjalan lancar sebagaimana yang kami rancangkan. Ada pertambahan pelajar dari kalangan anak-anak yatim yang miskin menjadi pelajar. Nampaknya ia menambahkan lagi cabaran untuk aku dan juga kawan-kawan bagi memikirkan sumber dana bagi menyara semua mereka yang miskin. Terlebih lagi aku yang diamanahkan untuk mengambil tanggung jawab dalam hal ehwal pengurusan kewangan.

Pening juga dan timbul kerisauan yang kuat dalam diri ini. Namun aku yakin apa yang aku perlu lakukan hanyalah berusaha. Allah yang menentukan segalanya. Jika ada sumbangan mengalir masuk, ia adalah rahmat dari Allah dan jika aku gagal membawa masuk wang dana, ia adalah diri aku yang cukup ketara dan aku perlu mencari jalan membaikinya. kepada Allah jua aku mohon bantuan dan jika aku improve, Allah jualah yang menjadikannya.
Malam itu para pelajar agak santai selepas menelaah pelajaran bersama guru mereka selepas selesai solat Insya. Mereka datang makan di kawasan terbuka beramai-ramai di luar rumah. Aku telan air liur melihat suasana yang menimbulkan selera.

Seronok melihat semua itu dan aku bersyukur dapat saksikan hasil usaha aku dan semua kawan-kawan yang membantu merealisasikan kesemuanya. Tak termimpi bahawa aku satu hari dapat melibatkan diri dalam usaha sebegini. Sekurangnya aku ada sedikit amalan dan sumbangan untuk aku bawa di padang masyar nanti.

Aku tahu ia bukanlah sesuatu yang besar. Sebesar hamapun tidak melayakkan aku mendapat keselamatan di padang masyar nanti. Dalam pada itu, aku berharap akan Rahmat Allah untuk selamatkan aku. Masa aku yang semakin lama semakin pendek ini rasanya tidak cukup untuk melepaskan diri dan mngumpul bekalan baik yang cukup.

Untuk pengetahuan pembaca, dana masih lagi diperlukan. Setiap bulan kami perlukan sekurang-kurangnya sejumlah RM7 ribu untuk menghidupkan pusat tersebut. Itu belum masuk lagi segala dana yang diperlukan untuk usaha pembangunan infra di kawasan itu sehingga lebih baik daripada sekarang. Dan belum cerita lagi dana sebanyak RM100 ribu untuk membaiki sekolah, serta asrama yang terbakar.

Bagi mereka yang sudi meyumbang, lihat di sebelah kiri blog ini ada maklumat bank dan nombor akaun untuk di masukkan duit ala kadar. jangan anggap RM1 itu kecil, jika seribu orang salurkan seringgit, kami akan dapat seribu ringgit! dan alangkah indahnya jika seribu orang salurkan seringgit setiap bulan. Apalah sangat seringgit, setiap hari kita hanya membuang saja seringgir pada perkara-perkara yang tidak perlu.

Saya faham, ramai yang akan berkata, sebut sekolah tahfiz, minta derma, sebut anak yatim minta derma, sebut madrasah agama minta derma, sebut pengajian Islam minta derma. Saya setuju, betul cakap anda. Sepatutnya kita dan mereka yang mengusahakan semua perkara senegitu perlu fikirkan cara menjana ekonomi mereka sendiri dengan berniaga dan bukannya minta derma.

Itulah yang sedang saya fikirkan sekarang dan sedang bertanya merata tempat jika-jika mereka ada idea bagaimana dapat saya bina sumber ekonomi bagi menyara pusat sebegitu sehingga berdikari.

Oleh itu saya alu-alukan sesiapa saja, saya ulang...sesiapa saja yang mahu sertai saya untuk enjadi jentera berfikir dan berusaha menjayakan usaha kami yang tak seberapa ini sehingga berjaya menghidupkan satu pusat tarbuiah, pusat hafiz, pusat pengajian, pusat terapi, dan pusat ekonomi yang hidup dan mampu berdikari menyara dirinya sendri dan seterusnya menyediakan pula peluang pekerjaan pada para Hufaz yang dikeluarkannya dan seterusnya dapat juga menyumbangkan pada pusat-pusat pengajian lain jika diperlukan.

Jika anda mahu menymbang, hubungi saya di 019-2260807, jangan fikir lama-lama. katakan ya pada kebaikan dan jom kita sama-sama usahakan projek ini secara swasta, secara sendiri-sendiri secara bermasyarakat. Insyallah.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Terbaru! Surau Maahad Khalifah Abd Khalip

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !