Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 March 2013

Tukang parang Mentaus

  Ano Nyme       22 March 2013

Selepas aku dan kawan selesai menggunakan kepakaran Tukang Urut Haji Lugua di Jerang, Haji mempelawa untuk membawa kami melihat perusahaan membuat parang di Kampung Mentaus tak jauh dari rumah di mana haji tinggal.


Aku setuju saja dan berminat nak tengok bagaimana kerja-kerja membuat parang dilakukan. kalau harganya murah mahu juga aku membelinya. Memang dulu ketika aku kerap ke luar negara, pisau merupakan barang yang aku sering beli setiap kali singgah di tempat yang berbeza.


Banyak tempat di Eropah akan mempromosikan pisau buatan tukang tempatan bagi mempersembahkan kebudayaan masyarakat mereka. Akan terdapat satu kedai yang hanya menjual segala jenis senjata pisau. Rambang mata setiap kali masuk ke kedai sebegitu kerana rasa nak beli setiap satu jenis senjata pisau yang dijual.

Tak jauh dari tempat Haji Lugua kelihatan replika parang bersarung yang diperbuat dari kayu di simpang kiri jalan. Selepas replika itu ada jalan kecil masuk ke kiri yang membawa kami ke bengkel kepunyaan seorang Tukang parang terun temurun. Namanya Zamri.


Haji Lugua memperkenalkan aku pada Zamri. Kami dibawa masuk ke bilik pameran dan Zamri memperlihatkan pada aku koleksi barang jualannya. Wow! hebat!. Semua hasil parangnya cukup berseni dan cantik sekali.

Memang betullah, jika kita lihat seni pada parang tersebut, kita dapat menterjemahkan budaya masyarakat kita atau sekurangnya, menterjemahkan peribadi pembuat parang tersebut. Mungkin selepas ini Zamri boleh fikirkan untuk membuat pisau berbagai rupa untuk kegunaan dapur, untuk kerja kebun dan lain-lain.


Aku jenguk harga yang tertera pada setiap bilah parang dan sekali lagi wow! semuanya berharga melebihi RM100 dan parang atau pisau yang aku jatuh hati berharga RM350 sebagaimana tertera pada label.

Mungkin Zamri perasan aku berkenan pada pisau itu lalu berkata "itu harganya RM250...". Aku letak semula sebab masih tak berupaya untuk keluarkan duit membelinya. Mungkin lain kali aku akan beli...insyallah.


Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh lawan Blog Zamri_Tukangparang  Di situ tertera segala buatannya beserta dengan harga. Anda boleh hubungi Zamri melalui no telefon yang diberikan di blog tersebut.


Jika ada yang minat menjadi penyembelih lembu kambing dan suka lapah binatang korban, elok sangat dapatkan satu bilah khas untuk kerja-kerja sebegitu. Aku rasa ianya berbaloi.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tukang parang Mentaus

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !