Perhatian!: Gambar yang dipaparkan di bawah tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Anda mendedahkan diri kepada masalah yang besar jika anak-anak anda melihat gambar-gambar ini. Mereka akan mengajak anda untuk pergi mandi air terjun atau kolam yang berhampiran!
Bila dah jadi bapak, aku baru tahu kenapa mak bapak kita gempaq macam-macam untuk menghalang kita semua mendekati air. Mereka kata ada hantu sungai yang suka sorok kanak-kanak yang mandi dan macam-macam lagi.
Dalam mereka takutkan dengan berbagai benda, kami masih tetap pergi mandi Ban ( Tali air di kawasan sawah padi) di Kubang Semang dan kawasan yang berhampiran dengannya dulu. Entah mana punya petua kami dapat, kononnya hantu air takut dengan bijih atau taik besi.
Kebetulan masa itu kedai tukang besi masih wujud di pekan Penanti. Kedudukannya betul-betul di kawasan di mana Burger Boy berniaga sekarang (dulu restoran Faiz). Setiap kali melalui jalan bawah pokok Ketapang di sebelah kedai besi itu, aku akan meninjau di bawah kalau-kalau ada terjumpa taik besi di atas tanah sebelah kedai besi tersebut. Jika terjumpa aku masukkan dalam poket untuk dibawa jika pergi mandi Ban.
Itu kisah lama bagaimana aku enmgkar pesan mak bapak agar jangan mandi sungai atau apa-apa kawasan yang ada air. Untung juga aku degil, sebab kedegilan itulah aku boleh berenang dengan cekap sekarang walaupun tak pergi mana-mana kelas latihan renang. Kesemua abang-abang aku tak tahu berenang sebab tak mandi ban sekerap aku.
Berbalik pada punca kita ditakutkan oleh orang tua dulu. Bila dah ada anak-anak baru aku tahu rupanya salah satu benda yang mereka pantang lihat adalah air bertakung.
Setiap kali terlihat, mereka akan lakukan apa saja untuk memujuk aku benarkan mereka mandi. kalau tak bagi akan berlaku berbagai-bagai perangai bebal sehingga menaikkan darah aku. Patutlah dulu bapak aku kasi takut, jadi, aku tak akan terhegeh-hegeh minta mandi sungai atau pergi main air parit. Selamat darah bapak aku dari naik tahan sabar. Cuma depa tak tau aku pergi mandi juga sorok-sorok.
Anak-anak kita sekarang, lega kerana mak bapak depa dah rajin keluar berjalan. Ramai rakyat Malaysia menyambut baik kempen cuti-cuti Malaysia kini. Sampai aku sendiri lemas perut apabila setiap kali cuti kena bawa keluarga berjalan.
Kalau nak turut macam tu, mampus nak kena chop duit. Kos berjalan-jalan sekarang bukannya murah. Kos tol, minyak, makan, bermalam dan lain-lain terlalu tinggi dan semakin tinggi. Kalau setahun sekali oklah juga dan memang patutpun kita bawa mereka berjalan terutamanya tempat yang ada air.
Berikut aku paparkan beberapa koleksi berendam yang pernha aku bawa anak-anak pergi di serata tempat di Malaysia.
Gambar di atas aku tak bawa anak-anak sebab kawasannya merbahaya. Selalu kena kepala air dan untuk ke sana perlu naik 4x4. Jadi aku hanya pergi dengan beberapa orang bapak budak.
Gambar atas pulak adalah air terjun lata Iskandar. Tengok airnya yang kernih dan dasarnya semua daripada batu. Cantik dan sejuk.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !