Jika seni lukis menggunakan cat minyak atau cat air sebagai bahan atau medium untuk menghasilkan gambar yang cantik, photography pula menjadikan cahaya sebagai bahan untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik kerana ianya adalah real!.
Manusia berjiwa halus suka merakamkan sesuatu yang cantik. Dari situ muncul ramai pelukis yang mampu membuat coretan menggunakan dakwata atau pewarna untuk melukis pemandangan, objek, manusia yang menggambarkan keindahan.
Aku minat dan teringin melukis. Setiap kali tengok lukisan aku kagum dan bertanya kenapa aku tak boleh buat macam tu. Orang kata tangan aku tak stabil sebab suka menggigil, macam mana nak pegang berus untuk melukis. Jadi impian menjadi pelukis terpadam.
Rupanya aku boleh buat lukisan dengan menggunakan kamera yang menjadikan cahaya sebagai dakwat atau pewarna. Ini bolah jadi jalan keluar untuk aku meneruskan minat pada merakamkan objek atau pemandangan atau peristiwa yang ada makna. Jadi aku beli kamera dan mula guna sampai sekarang.
Kalau orang tanya kenapa hasil gambar-gambar yang aku rakamkan tak cantik pun. Kata minat seni, tangkap gambar macam sampah!.
Betul tu, aku setuju. Memang bukan mudah nak hasilkan lukisan yang indah. Tak ramai pelukis yang jadi terkenal walaupun ramai yang boleh melukis. Kita bukan saja perlu pandai melukis, tapi mesti ada seni di sebalik lukisan. Mesti dapat menonjolkan keindahan pada sesuatu yang mata orang biasa tak nampak.
Macam tu juga rupanya kamera. Apa yang mata kita lihat tak sama dengan apa yang kamera lihat. Kita ada otak untuk filter mana yang nak diberikan tumpuan dan mana yang nak diabaikan. Sebab itu bila asyik tengok awek cun bergetah lalu depan, kita tak perasan kawan ada di sebelah!.
Dengan kamera, kita tak boleh buat begitu. Bila ada awek lalu dan kita rakamkan gambarnya, sesiap saja yang ada di sebelah, di belakang dan di depan awek tu akan turut sama dirakamkan. Bila gambar dihasilkan, orang akan tanya "hang tangkap gambar siapa ni, ramai sangat dalam gambar tu...?"
Haaaa! nampak tak beza antara mata kita yang melihat ketika awek tu lalu secara real dengan apa yang kamera kita rakamkan. Kita boleh kata aku tak perasan ada ramai lagi orang lain selain dari awek yang lalu tu, tapi kamera bukan benda hidup macam manusia yang tahu kita nak berikan fokus pada yang mana.
Jadi di situ rahsianya antara mereka yang tahu menterjemahkan apa yang nak dirakamkan dalam gambar agar orang yang melihat hasil gambar kita sekali tengok saja tahu apa maknanya dan apa yang nak diceritakan.
Soalan bonus yang aku nak highlight adalah, siapa agaknya yang mula perasa cahaya ini boleh jadi alat melukis?
Yang aku tau semuanya bermula pada tahun 384 hingga 322 sebelum masihi bila Ahli falsafah Greek, Aristotle menemui phenomena jaluran cahaya dapat menembusi satu lubang halus di mana selepas keluar dari lubang halus itu dan terpancar pada dinding menghasilkan imej terbalik!.
Tapi bukanlah Aristotle yang kemudiannya buat kamera, hasil daripada pengetahuan itulah berkembang dan cuma pada abad ke 16 sahaja baru tercipta kemera ringkas yang dipanggil Obscura.
Tentang siapa yang mula buat photography, timbul persoalan. Ada maklumat yang kata pada tahun 1839 dua orang Mat Perancis bernama Joseph Nicephore Niepce dan Louis Daguerre mula buat eksperimen berkenaan photography.
Itu semua sejarah. Aku tau ramai tak suka maklumat tentang sejarah berat-berat. Kalau terlalu banyak boleh pengsan kebiruan jadinya. Jadi aku henti setakat itu saja dan nikmati kamera yang kini dah jadi sejarah yang aku rakamkan baru-baru ini ketika pameran di Anggerik Mall Shah Alam.
Pameran hebat tu memaparkan hasil seni ramai jurugambar Malaysia. Tak ramai yang hadir masa aku pergi. Mungkin tak ramai yang tahu atau mungkin tak ramai yang minat seni photography. Kalau ramai yang kita tengok gantung kamera besar hitam ke sana ke mari sekarang ini mungkin hanya sekadar trend ikut apa yang orang buat, maklumlah barang murah tak macam dulu.
kalau dulu mungkin hanya mereka yang tak berapa siuman saja gila beli kamera dan tangkap gambar untuk suka-suka. Sebab aktiviti photography dulu bukan kerja murah!!!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !