Selepas cubaan pertama melepaskan kamera Ricoh GX200 pada anaka-anak aku nampaknya berjaya menghasilkan beberapa gambar yang aku rasa menarik. Aku dah mula rasa seronok untuk melepaskan pada mereka setiap kali pergi meronda di kawasan kampung atau mana-mana tempat yang manrik untuk rakaman gambar.
Kali ini aku pergi ke Tanjong Karang di kawasan sawah bendang yang indah mata memandang. Macam baisa aku turun untuk ambil angin kampong tiupan sawah bendang yang dah terlalu lama aku tak rasakan. Biasanya setiap kali lalu di kawasan sawah bendah, akan dipisahkan oleh pagar lebuhraya. Sekadar tengok sajalah pemandangan indah yang ada.
Ramai daripada kita sering melalui sawah bendang tapi sekadar berada di dalam kereta dan tak pernah terlintas untuk berhenti, keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekitar sawah bendang tersebut ataupun melepak di pangkin yang ada berhampiran sawah. kita dah terlalu sibuk, tak ada masa kononnya....
Apappun, aku paparkan apa yang anak-anak aku rakamkan ketika mereka sibuk berebut ambil giliran masinmg-masing untuk bermain dengan kamera yang aku berikan pada mereka. OK lah jugak sebagai kenang-kenangan.
mcm bapaknya saja yg shoot..hahaha.. bagus la train anak2. Saya pun kalau ada rezeki mendapat anak, saya akan ajar anak saya jadi seorang jurufoto yang mengambil gambar2 halal saja..hehe..
ReplyDeleteGambar dah cantik tu :-) bg saya yg membesar di kaws sawah padi ni, tgk sawah masa musim mcm ni, biasa ja. Paling segar masa tanah sawah tu kosong, penuh air saja. Macam duduk tepi pantai ditiup bayu petang. hehe. Bila musim menuai, seksalah kena kupu2 malam menyerang kaws rumah terutamanya lampu terang. Gatal kulit. Kotor dlm rumah. Masa hijau macam ni, serangga halus2 tetap singgah ke rumah. Tetap gatal kat kulit. Kalau sekadar tgk saja, memang cantik :-)
ReplyDelete