Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

28 May 2013

Iklan kerja kosong paling menarik !

  Ano Nyme       28 May 2013
Aku singgah solat asar baru-baru ini di sebuah surau di Seksyen 3 Shah Alam. Setiap kali aku mahu minum atau makan roti canai atau berjumpa dengan orang di Shah Alam pada waktu petang, pekan kecil seksyen 3 merupakan salah satu pilihan.

Ada dua kedai mamak di situ iaitu restoran Khalifa dan juga restoran Syed. Aku lebih selesa minum teh tarik di restoran Khalifa kerana kedudukannya betul-betul berhadapan dengan surau. Jika terlajak minum sampai masuk waktu magrib, aku boleh tinggalkan minuman sementara waktu untuk ke surau menunaikan solat berjemaah di surau.

Apa yang menarik adalah setiap kali masuk waktu, selesai azan dilaungkan dan kedengaran orang mula bersolat berjemaah, masih ada ramai yang kekal minum dan berbual di dalam kedai samada Syed ataupun Khalifa.


Kebanyakan mereka kelihatan mirip bangsa Melayu dan bercakap dalam bahasa melayu. Mengikut tafsiran perlembagaan dan juga seperti mana yang diperjuangkan oleh pejuang bangsa melayu di negara kita, orang Melayu itu beragama Islam. kalau kat Malaysia, Melayu tak boleh dipisahkan daripad agama.

Sebagai orang Islam, solat 5 waktu adalah wajib dan solat berjemaah adalah sesuatu yang cukup digalakkan. Apatah lagi jika anda berda di kawasan persekitaran Masjid atau Surau dalam masa orang bersolat berjemaah, lebih logik dan mudah jika kita pergi sertai solat beramai-ramai.

Tetapi malangnya, apa yang sepatutnya berlaku, tidak selalu berlaku. Banyak perkara yang sepatutunya tidak berlaku, berlaku juga. Dalam pada itu kita selalu mengeluh terhadap sikap kawan, atau orang atau keluarga yang melakukan perkara salah.

Perkara paling ketara sekarang ini yang selalu orang katakan adalah dalam hal politik. Ramai yang berkata sepatutnya sebagai umat Islam kita tidak sepatutnya berpecah belah. Itu hujah popular yang digunakan bagi menghentam orang lain yang kita tak suka.

Bercakap tentang perkara yang tidak sepatutnya berlaku tak henti-henti dan berniat untuk membuktikan orang lain itu salah sebenarnya meletih dan membuang tenaga. Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah melihat apa perkara tak baik tersebut yang orang lain lakukan dan tanya pada diri kita samada ada melakukannya.

Berbalik pada iklan kerja kosong di atas, aku terperasan bila meluangkan sedikit masa untuk membaca apa kerja yang ditawarkan. Betapa tersenyum luasnya aku bila membaca sepenuhnya iklan tersebut.

Memang kreatif sekali iklan itu dan aku syak ianya ditujukan pada mereka yang sering minum dekat kedai dalam masa orang lain sedang berjemaah. Begitu juga buat mereka yang rasa pergi sertai solat di surau secara berjemaah tidak penting.

Jadi aku bertanya pada diri aku sendiri, adakah aku melakukan seperti mana yang orang lain lakukan perkara yang tidak sepatutnya. Jesteru itu aku berusaha memaksa diri agar bersolat di surau atau Masjid di mana saja aku berada setiap kali terdengar azan dilaungkan.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Iklan kerja kosong paling menarik !

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. 55 tahun Malaysia menjerit sebagai Negara islam ,sepatut nya perkara sebegini tak boleh jadi , yang buat
    iklan tu tak rasa malu ke selama 55 tahun gagal mentarbiahkan umat melayu agar rajin ke masjid .

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Menyampaikan dakwah itu kewajipan orang beriman, memberi hidayah itu urusan Tuhan...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !