Kalau aku bawa DSLR Nikon D7000 yang besar gabai, terpaksalah gantung tali kamera pada leher terkeleng kiri kanan sambil mengusungnya mencari sudut yang sesuai. Biasanya ada sedikit Kamera Phobia pada orang ramai yang melihat seseorang dengan kamera besar, lensa besar dan sedang meneropong sesuatu sambil klik pada shutter button.
Kali ini aku bawa kamera kompak aku tu singgah solat zohor di Masjid Di Raja Sultan Suleiman di Klang. Masjid ini aku suka sebab rasa sejuk di dalamnya. Struktur binaan masjid dengan menggunakan tiang-tiang yang besar membuatkan ruang di dalam masjid menjadi sempit.
Tapi rasa sejuk berda di dalam Masjid adalah ciri-ciri kebanyakan Masjid lama yang berada di negara kita. Ada sesetengah Masjid yang baru, penuh perhiasan dan ditutupi oleh karpet yang tebal, tidak mampu membuatkan Masjid menjadi dingin dan menyamankan para jemaah di dalamnya. Melainkan kena pasang sistem penghawa dingin barulah rasa sejuk.
Aku rasa bahan binaan juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan suasana damai dan dingin di dalam sesebuah masjid. Jika bahan binaan terdiri daripada simen dan marmar yang tebal masjid biasanya akan terasa dingin dan nyaman.
kalau boleh tak payahlah memasang bahan plastik yang bersilau sebagai struktur dalam mana-mana binaan Masjid. Aku tengok banyak Masjid menjadi rosak dan terseksa habanya apabila diubah atau ditokok tambah dengan bahan plastik sebagai bumbung atau dinding.
Ada sebuah Masjid lama di Ampang yang cukup nyaman dan dingin sebelum bumbung dari plastik di bina di kawasan luar bangunan. Bahan plastik berwarna biru itu membuatkan haba terkumpul di dalam masjid terasa macam nak pengsan jika berda di bawahnya.
Mungkin Masjid yang lebih terbuka selama ini telah menjadi tertutup dan tekepung setelah bumbung plastik itu dibina. Aku tak tahu sangat pasal binaan. Sepatutnya kita ada ramai cerdik pandai seperti arkitek, jurutera, dan lain-lain yang dapat memberikan pandangan dalam menghasilkan sebuah bangunan yang mampu menarik hati orang ramai agar singgah menjadikan masjid satu pusat berkumpul orang ramai mencari ketenangan.
Para pentadbir masjid perlu peka pada perkara ini dan tolonglah dapatkan nasihat daripada pakar-pakar sebelum melakukan apa-apa perubahan pada struktur binaan di masjid demi menghalang orang ramai merasa tidak tentera jika berada di dalamnya.
Pastikan pakar-pakar ini berada di dalam panel pembangunan dan pembaikan masjid agar suara mereka didengari. Pakar yang perlu ada mungkin perlu diberikan penekanan pada konsep melahirkan bangunan yang mesra alam atau dalam bahasa orang putihnya di panggil Green Building
Kita perlu lebih peka dalam hal seperti ini berbanding orang kafir barat yang sering kita memandang jelik, sedangkan mereka jauh lebih islamik daripada kita dalam tindak tanduk mereka menjalani kehidupan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !