Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 May 2013

Tarikan Cendol Pak Akob

  Ano Nyme       29 May 2013
Kat mana cendol paling best di kawasan Shah Alam? rasanya ramai yang pernah pekena cendol Pak Akob di depan Masjid Seksyen 16 Shah Alam. Setiap kali aku lalu kat kawasan tu banyak kenderaan yang berderet sepanjang jalan.

Mereka berhenti untuk menikmati semangkok cendol pak akob. Ada cendol biasa, ada cendol tapai ada cendol pulut dan ada cendol tapai pulut.

Cuba tengok banyak mana pulut yang ada dalam timba tin dalam gambar di atas. Banyak sungguh!!!. Semangkok cendol hanya muat diisi segenggam pulut. Dengan jumlah pulut sebanyak itu berarus-ratus cendol dapat dibuat!.


Jumlah tapai juga tak kurang banyaknya. kalau campur cendol pulut, dan lain-lain termasuklah cendol biasa yang aku rasa paling banyak orang beli, jualan cendol Pak Akob tentu terlalu banyak. Tidak hairan ada sekurang-kurangnya 3 pekerja yang melayan urusan mengisi atau membungkus cendol untuk pelanggan.

Itu tak masuk lagi pekerja yang kutip dan basuh bekas cendol yang ditinggalkan bersepah atas jalan, atas bangku, atas tebing atas meja atas tangga jejambat dan atas kerusi tempat tunggu bas. Ringkasnya pekerja Cendol Pak Akob ramai.

Satu lagi cendol terkenal di kawasan Selangor adalah di sekitar Kuala Selangor. Kalau pergi ke kawasan sana bersepah kedai menjual cendol. Yang paling terkenal adalah Cendol Bakar!

Cendol Bakar siap ada drive thru macam kat McDonnald. Ramai yang duduk dalam kereta beratur di laluan drive thru tersebut termasuklah Melayu Cina dan bangsa lain. Mungkin ramai yang gempaq dengan promosi nama Cendol Bakar tersebut.

Bila saya tanya macam mana dia bakar cendol, pekerjanya jawab, bukan cendol tu kena bakar, tapi Atuk taukeh yang bernama Bakar. Nama cendol bakar tu diambil sempena nama atuk kepada taukeh tersebut. Memang pandai dia buat gempaq!

Dari segi sedap, aku bagi kat Cendol bakar berbanding Cendol Pak Abu. Pilihan lebih banyak kat Cendol Bakar kerana kat sana ada cendol durian yang tak ada pada Pak Akob. Sedap juga makan cendol durian lebih-lebih lagi jika ditambah dengan pulut.

Tapi kalau nak dibandingkan pula dengan cendol BM di tempat aku di Bukit Mertajam, aku boleh berikan cendol BM sebagai pemenang dari segi rasa sedap dan rasa lemak cendol yang dibuat. Kalau pembaca ada turun ke sebelah utara, jangan lupa singgah di cendol BM. Rasa dan bandingkan sendiri.



logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tarikan Cendol Pak Akob

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !