Antaranya adalah Coklat yang beraneka ragam. Antara pusat mendapatkan aneka coklat di pekan kuah adalah kedai Haji Ismail. Sekarang rangkaian kedai dan pusat beli belah Haji Ismail dah cukup membangun dengan berbagai barang murah dijual di sana.
Selain daripada coklat, orang suka beli barangan pinggan mangkuk serta peralatan dapur lain. Harganya jauh lebih murah berbanding di luar. Masa mula-mula kuali ajaib diperkenalkan aku dapatkan satu yang bersaiz paling besar hanya dengan harga RM80 saja. Di luar sana harganya beratus-ratus.
Mungkin satu barang yang paling digemari terutamanya para perokok adalah rokok murah. Harga sekartus rokok di sana cukup murah berbanding di luar. Tapi kalau setakat ke Langkawi untuk beli rokok memang tak berbaloi langsung. Kalau kerap ke sana untuk buat aktiviti seludup rokok pulak, alamat tak lama lagi boleh masuk penjara.
Bagi aku, Langkawi cukup indah terutamanya di kawasan perkampungannya. Aku lebih suka bersiar-siar di kawasan sawah bendang yang berlatar belakangkan bukit bukau daripada bersiar-siar di kawasan pantai yang juga berbukit bukau tetapi kecil.
Langkawi di bangunkan oleh Tun Mahathir ketika beliau jadi PM. Pulau yang tak ada apa-apa dulu kini dah jadi salah satu destinasi pelancongan antara bangsa berikutan anjuran pameran peralatan ketenteraan dari seluruh dunia.
Aku dapat tahu ramai pelabur berminat untuk beli tanah di Langkawi dan mendapatkan kebenaran Kerajaan Kedah untuk membuat reclaimation kawasan pantai bagi membina pusat-pusat peranginan serta pusat beli belah antara bangsa.
Bila Kerajaan Kedah sekarang dikuasai oleh anak Tun Mahathir, tentulah dia akan sedikit sebanyak menuruti nasihat bapaknya untuk terus memberi tumpuan membangunkan pulau Langkawi. Oleh itu aku rasa dalam tempoh sepuluh tahun lagi Pulau itu akan lebih membangun dan dalam rtempoh 20 tahun lagi Langkawi akan jadi pusat beli belah dan santai golongan kaya raya dari asia.
Jutawan dari asia sekarang sudah terlalu ramai dan kebanyakan dari mereka akan menghabiskan duit mereka yang banyak di barat seperti Eropah dan Amerika. Jika kena gayanya, Langkawi boleh menarik golongan tersebut untuk menjadikan pulau itu sebuah pusat perundingan perniagaan bertaraf dunia sambil bersantai dan membeli belah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !