Selepas datang ke KL atas sebab sambung pelajaran, aku dapat merasa melawat zoo negara. Ada lawatan yang aku pergi sendiri sesama kawan-kawan dan ada juga yang dianjurkan oleh pusat pengajian. Selepas itu aku berhenti melawat binatang di sana sehinggalah aku berkahwin dan punya anak.
Zoo negara mula menjadi pusat lawatan semula atas dasar membawa anak-anak berjalan di waktu cuti. Sambil berjalan sambil belajar. Anak-anak belajar apa yang aku ajar dan aku belajar melihat kelaku anak-anak untuk belajar.
Kenapa agaknya aku bawa anak-anak ke zoo?
Aku rasa sebab pertama adalah kerana mereka memang suka sangat binatang. Maklumlah dah biasa tinggal di bandar, nak lihat seekor ayam jantan pun bukannya satu perkara mudah. Ayam betina yang bertelur dan mengetuk juga tak pernah mereka rasakan. Jadi pergi ke zoo negara adalah satu peristiwa besar dalam hidup mereka yang membuatkan mereka boleh rasa bangga menceritakan pada kawan-kawan.
Sebab kedua yang aku rasa perlu adalah untuk tujuan pelajaran. Lihat binatang sambil memberikan penerangan pada anak-anak satu perkara yang banyak membantu kehidupan mereka. Salah satu perkara yang mereka tahu adalah dunia ini didiami oleh binatang selain daripada manusia, jadi jangan asyik nak hancurkan semua hutan yang ada semata-mata untuk kemudahan manusia.
Baru-baru ini aku sempat bersama-sama cikgu dan pengurusan pasti di taman aku tinggal bawa para pelajar ke zoo negara. Kami pergi dengan dua buah bas dan kesemua pelajar pakai pakaian seragam mereka untuk mendapatkan harga tiket murah.
Bukan mudah nak jaga kanak-kanak dalam lingkungan 70 orang lebih, mencabar sekali sebab mereka ada perangai masing-masing. Aku tertinggal di belakang sepanjang lawatan tersebut sebab asyik tengok dan ambil gambar binatang.
Aku rasa lawatan ke zoo yang dianjurkan oleh pasti tersebut bolehlah dinamakan sebagai jogging di sekeliling zoo. Sebabnya adalah kerana mereka berjalan dari satu binatang ke satu sangkar yang lain dengan cukup pantas. Itu salah satu sebab aku tertinggal di belakang. Apa yang anak-anak itu tengok dan belajar aku tak berapa pasti sangat.
Yang paling bagus nak aku puji melambung adalah pertunjukkan air di zoo yang biasanya ada dalam dua sesi. Satu sesi pagi pada pukul 11 dan satu sesi petanmg pada pukul 3. Kenapa aku kata bagus adalah kerana format hiburannya di selitkan penuh dengan ilmu dan pengajaran pada semua yang menonton terutamanya kanak-kanak.
Mesejnya simple...JAGA ALAM SEKITAR DAN JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA!!!
Mungki lawatan selepas ini para cikgu perlu bersedia program belajar yang lebih bermakna sepanjang lawatan. Biarlah tak semua binatang dilawat asalkan setiap sangkar atau kandang di serapkan ilmu dan penerangan agar kanak-kanak ingat pengalaman menarik tersebut sepanjang hidup...insyallah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !