Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

15 June 2013

Kenangan belayar #2

  Ano Nyme       15 June 2013
Awal subuh kami dah keluar dari rumah menuju ke Pelabuhan Klang di mana kapal menanti. Kenapa kena keluar awal subuh? sebabnya kapal akan bertolak seawal mungkin menuju ke Melaka. Biasanya kapal bergerak pada waktu siang dan berlabuh pada waktu malam. Untuk pastikan kami sampai ke Melaka sebelum magrib, maka kenalah naik kapal seawal mungkin.


Itu kali pertama saya masuk pelabuhan klang waktu pagi. Dah ramai orang laut ada di sana. Ada yang dah duduk relaks atas sampan sambil menikmati hembusan rokok. Ada yang relaks di gerai makan sebelah pelabuhan dan ada yang baru sampai dengan kenderaan masing-masing.

Semua yang disaksikan cukup menarik. Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah untuk melihat bagaimana rupa kapal yang akan dinaiki nanti. Macam-macam pertanyaan dalam kepala. Besar kah? kecil kah? apa warnanya? ada jamban kah? tidur kat mana?, lajukah dia belayar? dan macam-macam lagi....!

Akhirnya semua terjawab bila di bawa masuk naik kapal. Nama kapal tu KL Cermin. Saiznya tak berapa besar sangat. Mungkin dalam lingkungan 30 kaki panjang atau lebih. Tapi serba lengkap di dalamnya.

Kapal ni rupanya macam sebuah rumah yang bergerak. Bayangkan sebuah rumah yang lengkap dengan dapur, ruang makan, ruang lepak, ruang atau bilik tidur, tandas, bilik mandi dan sebagainya. Semuanya serba lengkap.

Ditambah lagi dengan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Makanan samada basah atau kering penuh dalam stor simpanan. bagi lauk seperti daging, ayam, ikan dan lain-lain, ada sebuah peti ais yang besar menyimpan segalanya.

Beras dan minuman air cukup untuk minum, masak, mandi dan lain-lain lagi. Seolah-olah rumah yang mempunyai telaga bergerak. Kalau rumah kita tak perlukan tanah dan boleh berpindah randah merata tempat tentu menarik!, tak payah beli tanah dan tak ada tempat tumpah darah.

Gambar atas sekali adalah bot kecil yang disangkut di belakang kapal untuk digunakan jika mahu naik ke darat pada kawasan yang cetek. Saya Lampirkan juga rupa kapal pada bahagian dapur, tempat makan dan dalam perut di mana ruang bilik tidur berada.




logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenangan belayar #2

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !