Salah satu perkara yang cukup beruntung dirasakan ketika mengikuti pelayaran tempoh hari, adalah kerana berada bersama kumpulan mereka yang taat beragama. Sepanjang pelayaran, solat lima waktu tetap dipelihara. Dan lebih menyeronokkan adalah ianya ditunaikan secara berjemaah.
Kalau dalam kitab feqah ada menyebutkan tentang adanya dua fajar. Fajar pertama dinamakan sebagai fajar tak betul. Ia keluar secara menegak. Tidak lama selapas itu baru keluar fara yang betul. Ia keluar secara mendatar. Fajar kedua menandakan masuknya waktu subuh. kalau berada di tengah lautan akan berpeluang melihat semua itu.
Walaupun berada di dalam kapal dan di tengah lautan, azan tetap dikumandangkan agar mendapat pahala sunat berazan. Dalam masa yang sama mampu menghalau syaitan. Bila azan sahaja masing-masing mula bersiap dan menuju ke dek bawah yang telah tersedia kemas dan dihamparkan tikar dan sejadah untuk sama-sama menunaikan solat.
Bersolat ketika kapal berlabuh agak mencabar terutamanya bila laut agak bergelora. kalau tak kuat kaki mencengkam lantai, alamat terbalik dan terhumban ke laut kalau berada di tepi.
Bagi yang suka mabuk laut pula, lagilah mencabar sebab kedudukan berdiri sambil dibuai kapal yang terhoyong hayang bolah membuatkan rasa meloya dan nak terkeluar segala isi perut. Namun alhamdulillah saya terhindar dari rasa mabuk laut sepanjang pelayaran kecuali dua hari terakhir yang mana laut bergelora terlalu kuat.
Bersambung.....
Syahdunya terasa lebih kalau dengar azan di tgh lautan.
ReplyDelete