Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 July 2013

Kenangan belayar #9: Singapura

  Ano Nyme       02 July 2013
Sepanjang pelayaran dari Klang menuju ke Johor, kapal hanya berada di persisiran pantai dan tidak masuk ke lebuhraya utama. Sehinggalah sampai ke Singapura, Bot Laju pihak berkuasa laut Singapura mula menghampiri kapal dan memberikan isyarat agar kapal masuk ke lebuhraya.

Mereka tak izinkan kapal-kapal masuk ke kawasan persisiran negara mereka dengan sewenang-wenangnya. Ini mungkin disebabkan jumlah kapal di sekitar pelabuhan mereka terlalu banyak dan jika tidak dikawal selia dengan baik akan menyebabkan kemalangan dan kesukaran.

Oleh itu kapal terpaksa menjauhkan diri dari berada di sekitar perairan mereka dan terpaksa masuk ke kawasan lebuh raya.

Begitulah keberkesanan para pegawai dan pihak berkuasa Singapura bertugas. Sepanjang berada di kawasan perairan mereka, bot marin kerajaan Singapura tak berhenti-henti meronda di sekeliling kawasan pelabuhan dan persekitarannya.

Pantang buat salah mereka terus bergegas dan memberikan amaran. Jangan harap nak buang bahan-bahan pencemaran ke dalam laut mereka ikut suka hati, kalau tertangkap nahas jadinya. Mereka tak makan rasuah, setakat nak suap kecil-kecil hanya membuang masa dan menjerat leher sendiri.

Cukuplah aku memuji kecekapan agensi penguatkuasa negara jiran kita itu, nanti akan ada pula orang yang sembur agar aku pindah saja ke sana dan keluar dari negara Malaysia! Negara kita ini tak boleh cerita baik tentang negara orang, kita hanya boleh cerita negara Malaysia saja hebat dan dikagumi dunia, negara lain lebih pada kita tak boleh diceritakan, nanti kena halau.

Berikut merupakan gambar yang sempat aku rakamkan ketika berada di Singapura. Ada banyak lagi gambar tapi cukuplah yang ini sahaja aku paparkan.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenangan belayar #9: Singapura

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !