Tetapi aku perlu paparkan jugak koleksi gambar yang aku rakam ketika itu untuk perkonsian dengan mereka yang tak pernah merasakannya. Lagipun kalu aku biarkan saja terpendam dalam simpanan aku, tidak ada gunannya.
Seperti yang telah aku sebut sebelum ini, gambar yang sama diambil memberikan dua interpretasi yang berbeza dalam dalam dua tempoh yang berbeza. Gambar yang aku pilih kali ini, tidak aku rasa sebagai menarik pada masa mula-mula belajar main kamera dulu. Sebab itu kebanyakannya aku tinggalkan saja begitu dan anggapnya sebagai tiada potensi untuk dipaparkan.
Setelah lama menjenguk hasil gambar orang lain samada pro atau amatur di sana sini, dalam serta luar negara. Setelah baca majalah kamera berbagai jenis yang terjual dengan banyak di kedai-kedai buku. Setelah merakam dan lihat hasilnya berulang-ulang, rupanya cara aku melihat sudah berbeza berbanding dulu.
Aku tak pasti apa komen orang lain yang menatap gambar yang aku paparkan di sini. Juga gambar-gambar pemandangan lain sepanjang pelayaran lalu. Adakah ianya menarik dan memikat hati mereka atau tidak adalah sesuatu yang aku berminat nak tahu.
Sekian untuk kali ini.
Salam admin.
ReplyDeleteDah agak lama saya mengikuti perjalanan blog ini kerana tertarik dgn komitmen & minat admin mengembara w/pun hanya dlm negara jer. Pulau Kapas ni berada di negeri kelahiran saya sebenarnya. Pertama kali saya sampai di sana ialah tahun 1987, selepas SPM. Khabarnya dah banyak berubh skrg
Sy juga penggemar fotografi sejak 17 tahun lalu dan sekarang berada di Bandar Bersejarah. Kalau dapat jumpa admin ni mcm best jer utk sembang ttg fotografi hehehe...
Ni email saya: sydeen@gmail.com
Photoblog saya: http://sydeen.fotopages.com/
Flickr saya: http://www.flickr.com/photos/sydeen/
tq