Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 July 2013

Pertunjukkan singa laut

  Ano Nyme       14 July 2013
Selain daripada melihat haiwan dalam kurungan di zoo negara, anda boleh juga menyaksikan pertunjukkan singa laut pada pukul 11 pagi dan juga 3 petang di zoo negara. Saya tak berapa pasti samada pertunjukkan yang sama di adakan pada hari biasa. Tetapi pada hari yang saya pergi tempoh hari iaitu hari sabtu, pertunjukkan itu berlangsung di depan ramai pengunjung.

Bagi orang tua macam saya pertunjukkan itu agak menarik lah juga. Namun tak dapat dibanding perasaan yang dialami oleh kanak-kanak apabila melihat pertunjukkan sebegitu. Ianya memang cukup hebat!.


Saya puji pertunjukkan itu kerana ia menyelitkan unsur nasihat pada para penonton terutamanya dalam urusan menjaga alam sekitar. Kalau nak tahu apa yang mereka ajarkan, pergilah menontonya satu hari nanti.

Dalam pada itu, saya juga tertarik pada cara mereka mngutip derma untuk tabung kebajikan haiwan di zoo dengan menggunakan burung kakak tua.

ASnda hanya perlu berdiri dan tunjukkan duit pada burung kakak tua itu dan dia akan terbang mendapatkan duti yang anda pegang untuk diserahkan pada penjaganya.

Berebut-rebut orang mahu menderma sehingga pengacara terpaksa melimitkan jumlah mereka yang mahu menderma pada hari itu...menarik bukan?


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pertunjukkan singa laut

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !