Setiap kali mereka melihat
Ada juga yang minta untuk mengambil gambar bersama-sama dengan kanak-kanak perempuan yang lengkap bertudung itu. Mereka kelihatan amat seronok dengan keadaan itu.
Soalan yang muncul dalam kepala apabila melihat telatah para tok dan mak arab itu adalah kenapa nak rasa pelik? bukankah perempuan yang beragama Islam wajib menutup aurat?
Satu persoalan lagi adalah, adakah anak-anak tob arab di tempat mereka tidak memakai tudung?
Aku baru teringat bahawa anak-anak tok arab di kalangan kawan-kawan aku ketika di Eropah dulu tak pakai tudung. Mereka memakai pakaian kanak-kanak yang comel macam anak-anak orang eropah yang lain juga.
Kemudian apabila mereka cukup umur meningkat remaja barulah akan mula memakai tudung dan berpakain penuh menutup aurat.
Sebabnya adalah kerana mereka mula mangamal dan memahami bahawa tutup aurat adalah wajib lalu terus melaksanakannya ketika cukup umur.
Mereka juga faham bahawa menutup aurat atau bertudung lingkup seperti yang kanak-kanak Pasti pakai itu untuk kanak-kanak kecil yang belum cukup umur adalah tidak wajib lagi.
Tetapi amalan orang kita di sini mungkin berlandaskan untuk membiasakan diri terhadap kanak-kanak sedari awal agar bila besar nanti mereka tidak merasa kekok dan tidak selesa untuk menutup aurat.
Cuma masalahnya adalah mereka akan kekal bertudung sehingga besar kerana dah terbiasa dan menjadi pakaian resmi mereka dan dalam masa yang sama mereka bercoupling berpegangan tangan dan bercium mesra di taman bunga dengan kekasih hati..
Takut kalau-kalau mereka tidak ditanam kefahaman yang masuk ke hati dan melaksanakan semua urusan berdasarkan hukum dan bukannya atas dasar kebiasaan...Wallahualam.
kesalahan bahasa : jangan guna istilah gerombalan kanak-kanak.
ReplyDeletegerombolan untuk benda2 tidak baik,,,
seperi segerombolan penyamun, lanun dsb.
kanak-kanak = sekumpulan.
Dah dibetulkan. Terima kasih menegur!
ReplyDelete