Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

01 August 2013

Orang yang tak dapat faedah Lailatulqadar

  Ano Nyme       01 August 2013
Semalam ada tazkirah di surau. Biasanya sepanjang bulan ramadan ini, tazkirah diadakan selepas selesai solat tarawih 4 rekaat. Selepas Imam membaca doa, maka orang ramai akan bersedia membetulkan kedudukan untuk mendengar tazkirah. Antara tempat yang sering dikawal ketat oleh para Otai adalah di sepanjang dinding suara.

Walaupun Majlis Agma Islam Selangor melalui muftinya memberi amaran agar semua masjid dan surau tidak mengadakan majlis tazkirah di celah-celah solat sunat tarawih agar tidak mengganggu penumpuna mereka yang mahu melaksanakan ibadah sunat tersebut, nampaknya surau yang aku lazimi tak hairan dengan amaran tersebut.

Biasanya tak adakan ada apa-apa masalah selagi tidak ada orang yang mengadu jiwanya tertekan akibat majlis tazkirah. Bila ada orang tertekan dan pergi buat laporan pada Majlis Agama, barulah akan ada masalah atau tindakan. Itupun jika mufti Selangor keluarkan kenyataan dan betul-betul serius dengan kenyataan tersebut. Jika dia hanya berkata sekadar mengingatkan dan memberi syor mana yang terbaik, tak ada apa-apa tindakan.



Bagi aku rehat sebentar untuk mendengar tazkiran atau peringatan atau perkongsian yang baik daripada para penceramah yang bagus adalah lebih baik daripada memaksa diri dalam keadaan mengantuk dan letih bersolat tarawih. Jika da rehat sebentar dan mendengar panduan agama, badan terasa segar semula dan sambung solat terawih dalam keadaan yang lebih segara adalah lebih bagus.

Semalam Ustaz Shukor kongsikan senarai mereka yang tak dapat faedah malam lailatul qadar apabila mereka tidak akan mendapat ucapan salam dari malaikat Jibril yang turun dari langit pada malam tersebut.

Antara mereka adalah:

  1. Peminum arak
  2. Kaki zina
  3. Anak derhaka
  4. Pemutus silaturahim 
Semak....mungkin pembaca bukan dari kategori pertama dan bukan juga dari kumpulan kedua...bagaimana dengan no 3 dan 4...? ada bergaduh dengan saudara, kawan, atau lain-lain dan kekalkan keadaan itu sampai bertahun? dah le tu insaf...


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Orang yang tak dapat faedah Lailatulqadar

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !