Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

08 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

  Ano Nyme       08 August 2013
Kepada semua pengunjung Blog ini saya mengucapkan selamat menyambut hari kemenangan pada 1 Syawal ini. Jangan bersedih-sedih, bergembiralah, bersyukurlah kerana berjaya menghabiskan sesi pemantapan diri sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan sambutlah sebagaimana yang dianjurkan oleh agama tanpa ada pembaziran dan aktiviti menyumbat makanan ke dalam tekak sehingga perut membonceng. Ingat! jumlah kemasukan ke klinik atau hospital meningkat dengan mendadak setiap kali masuknya perayaan pada bulan syawal ini. Jadi beringat-ingat. Makan hanya bila lapar dan berhenti bila kenyang.


Seeloknya terus berpuasa apabila masuk raya kedua dan habiskan puasa enam sekali gus...insyallah kesihatan akan lebih terserlah dan perut akan lebih mendatar...

Kesempatan ini saya memohon ribuan kemaafan seandainya ada salah dan silap terlanjur kata dan terkasar bahasa sepanjang menulis di blog ini. Mohon maaf samada sengaja atau tidak disengajakan dan moga Allah mengampunkan segala kelemahan dan keterlanjuran saya selama ini...AMIN!

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !