Kenapa Bahasa Malaysia?
Kenapa bukan Bahasa Inggeris, atau Bahasa Perancis?
Sebab saya mahu Bahasa Malaysia jadi bahasa ibunda anak-anak saya. Lagipun ilmu utama yang mahu diajarkan pada anak-anak adalah ilmu kehidupan.
Memahami bagaimana mahu hidup dan bagaimana mahu mati lebih penting dari segala-galanya. Bahasa, samada Inggeris atau Melayu hanyalah sebahagian kecil daripada keperluan untuk mencapai tujuan hidup dan mati.
Ada juga terlintas hasrat nak biasakan anak-anak dengan bahasa inggeris dengan berkomunikasi bersama mereka menggunakan bahasa tersebut. Tapi bila difikirkan kesan campur aduk macam rojak dan kepuasan berkomunikasi dan berborak menjadi hambar jika bahasa tidak tetap, saya kekalkan saja penggunaan Bahasa Melayu.
Bagi saya bab bahasa inggeris biarlah mereka belajar daripada para guru mereka di sekolah. Namun begitu, setelah anak-anak bersekolah masuk darjah satu, dua, tiga, empat dan lima, saya dapati tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka terlalu teruk!!!.
Sungguh terus sehinggakan mereka tidak langsung dapat menyebut atau membuat ayat mudah. Malah hampir keseluruhan tugasan kerja rumah bahasa inggeris yang cikgu berikan pada mereka tidak dapat mereka fahami langsung....!!!.
Perkara ini amat merisaukan!, saya tertanya-tanya apa tindakan atau sikap guru bahasa inggeris mereka dalam pencapaian para pelajar di sekolah. Tidakkah cikgu turut merasa risau bahawa usaha mereka mengajar bahasa inggeris gagal?.
Bukankah Kerajaan mengambil berat terhadap bahasa inggeris untuk rakyatnya. Hinggakan bekas PM, Tun Mahathir mengambil risiko kritikan dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar untuk sains dan kira-kira. Anak-anaks aya terlibat dalam perubahan drastik itu...dan malangnya mereka semua langsung tak faham walau satu perkataanpun dalam bahasa inggeris setelah 5 tahun bersekolah...!!!!
Kenapa jadi begitu?
Sudah tentu untuk cari sebab kenapa anak-anak saya gagal menguasai bahasa inggeris saya perlu salahkan diri saya sendiri terlebih dahulu kerana lewan bertindak dan menyedari betapa hancurnya bahasa inggeris anak-anak saya.
Setelah saya akur bahasa semua ini salah saya dan sepatutnya saya berusaha membantu anak-anak untuk kuasai Bahasa Inggeris, saya tertanya-tanya pula apa yang para guru telah buat...dan jawapannya saya jumpa baru baru ini kenapa penguasaan anak-anak saya dan mungkin juga anak-anak anda terus dalam bahasa inggeris.
Jawapannya adalah kerana 70% dasripada para guru bahasa inggeris di negara kita tidak mencapai tahap yang sepatutnya dalam bahasa inggeris!, Baca laporannya di sini.
Kalau para guru tak layak, apa yang nak diharapkan pada pencapaian anak-anak murid mereka?. Satu lagi persoalan adalah kalau guru bahasa inggeris tidak layak, apatah lagi para guru matematik dan juga sains?, lalui bagaimana kerajaan boleh buat keputusan untuk ajar maths dan sains pada anak-anak kita dalam BI...?
Bahasa Inggeris memang penting
Apa orang lain nak kata, saya tak kisah. Tapi bagi saya Bahasa Inggeris cukup penting sekarang ini. Untuk cemerlang dalam kehidupan dan memudahkan kehidupan dan meningkatkan peluang berjaya dalam kehidupan, Bahasa Inggeris memang dapat membantu dengan banyak jika kita menguasainya.
Bukan nak kata kalau tak paham bahasa inggeris anda tak boleh berjaya dan bukan nak kata kalau pandai bahasa inggeris anda akan berjaya. Tapi ada kesan besar kalau nak dibandingkan anatar mereka yang pandai Bahasa Inggeris dengan mereka yang tak pandai Bahasa Inggeris.
kalau tak berapa lancar dan hebat dalam percakapanpun, sekurang-kurangnya anda perlu tahu membaca dan dapat faham apa yang dibaca dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Ini banyak membantu diri anda dalam dunia internet terutamanya di mana berbagai maklumat dapat diperolehi di sana.
Untuk kerja di rumah melalui Jobdirumah.com perlu penguasaan Bahasa Inggeris kah?
Jika anda mahu daftarkan diri sebagai tenaga kerja jobdirumah.com, anda perlu sekurang-kurangnya dapat baca dan faham Bahasa Inggeris kerana ada arahan-arahan kerja yang menggunakan pakai Bahasa Inggeris. Memang anda boleh gunakan Google Translator untuk terjemahan, tapi itu semua hanya menyusahkan dir anda sahaja.
Oleh itu, terimalah hakikat bahawa anda perlu juga belajar Bahasa Inggeris. Begitu juga anak-anak anda perlu diajar faham dan fasih Bahasa Inggeris. Masih belum terlewat untuk belajar buat diri siendiri maupun anak-anak.
Jika anda ada anak-anak dan anda sendiri malas nak belajar bahasa inggeris, maka pastikan anak-anak anda diajar dan dapat kuasai bahasa tersebut. Anda boleh gunakan mereka untuk membantu anda bila tertembung dengan masalah bahasa inggeris nanti.
Bagi yang nak belajar bahasa inggeris sendiri, anda boleh belajar kuasainya dengan Klik kat sini
Pada saya bahasa inggeris ini memang perlu dalam kehidupan seharian kita sepertimana pentingnya memertabatkan bahasa melayu dan mempelajari dan memahami bahasa arab. Tidak perlu terlalu mengharap guru di sekolah. Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh mengajak mereka berbicara dalam bahasa inggeris walau kedengaran rojak awalannya tapi bila dijadikan kebiasaan akhirnya mereka boleh menguasai rangkap dan ungkapan mudah dalam bahasa inggeris. Kesempurnaan/perfection dalam bahasa inggeris kita boleh lupakan dulu buat sementara, yang penting keberanian bertutur dalam bahasa itu tanpa rasa malu walau membuat kesalahan 'grammar' kerana sudah pasti bahasa inggeris bukan bahasa ibunda kita jadi kesalahan itu adalah wajar kerana kita memang bukan pakar bahasa. Sedang pakar bahasa inggeris kadang kala membuat kesalahan grammar apa tah lagi kita yang baru mula bertatih. Hujung cerita bahasa inggeris tetap penting dalam kehidupan kita di zaman ini.
ReplyDeletePendapat yang cukup bernas...TQ
Delete