Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

07 October 2013

Kenapa Mydin suka perempuan bertudung?

  Ano Nyme       07 October 2013
Pasaraya Mydin
Saya baru tahu yang pemilik Pasaraya Mydin rupanya cukup suka pada perempuan bertudung.

Bulan september yang lalu saya ada mengikuti satu seminar anjuran beberapa badan usahawan. Seminar tersebut di namakan Konvensyen Usahawan Muslim.

Walaupun namanya Konvensyen, tapi ia sebenarnya lebih sesuai dinamakan sebagai seminar sahaja kerana aturcara majlisnya adalah ceramah demi ceramah serta motivasi dari beberapa usahawan dan juga penulis buku macam mana nak jemput rezki.

Antara yang menarik perhatian saya adalah ceramah daripada tuan punya pasaraya Mydin yang bertenaga dan amat ceria dalam persembahannya. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin yang juga Pengarah Urusan Pasaraya Mydin ini sengaja memposisikan dirinya lebih dekat menghadap para peserta perempuan.

Mydin lebih suka beri tumpuan pada perempuan

Dalam ceramahnya dia sendiri mendedahkan bahawa para wanita yang bertudung yang datang menghadiri seminat pada hari itu merupakan pelanggan yang cukup berharga bagi Mydin. Oleh kerana seminar ada nama perkataan Muslim di belakangnya, maka sudah tentu yang datangnya semua perempuan yang bertudung.

Jika anda pergi ke pasaraya Mydin, antara kawasan perniagaan yang cukup diberikan perhatian adalah kawasan barangan atau aksesori kaum perempuan. Memang berniaga dengan perempuan ini cukup berhasil. Mydin cukup memberikan perhatian pada fesyen tudung yang dipakai oleh kaum wanita di negara kita.
Kalau nak tahu ilmu perniagaan tudung, boleh dapatkan ebook ini: "Ketahui rahsia perniagaan tudung di sini"
Mydin akan memantau perubahan fesyen dan jenis kain dan segera membuat perubahan pada barangannya sebaik sahaja ada berlaku citarasa baru di dunia fesyen bertudung. Dia akan segera mengimpot berkontena tudung dari China atau negara lain untuk memenuhi permintaan tudung di negara kita.

Memenuhi permintaan tudung cantik perempuan bertudung memang menguntungkan

Perniagaan tudung memang cukup menguntungkan. Di tempat saya di Pulau Pinang ada seorang usahawan yang bertukar perniagaan daripada pereka bentuk grafik dan pengiklanan menjadi usahawan tudung yang menjana jutaan ringgit setiap bulan setelah melihat betapa bagusnya berniaga dengan orang perempuan.

Dunia internet sekarang membolehkan anda masuk ke dalam pasaran tudung dengan mudah jika anda tahu caranya. kawan yang saya cerita dari Pulau Pinang itu juga masuk ke perniagaan tudung melalui FB atau internet. Sekarang barulah dia mengambil iklan billboard yang besar dan mahal di sekitar lebuhraya.

Jika anda da citarasa dan skill melihat perubahan pada permintaan fesyen tudung, jangan lepaskan peluang untuk menjadi usahawan tudung. Anda boleh mulakan secara sambilan sahaja dan membina perniagaan tudung itu perlahan-lahan.

Trend wanita sekarang nampaknya suka pada tudung 3 layer. Harganya bukanlah murah. Setiap kali saya bertanya pada penjual harga tudung 3 layer yang dipamerkan, akan terbeliak biji mata mendengarnya. Saya pasti perniagaan ini banyak untung.

Anda juga boleh buat perniagaan yang sama. Jika ada kemahiran menjahit, anda boleh belajar cara buat tudung 3 layer dengan mendapatkan panduan dari ebook ini: Panduan Menjahit Tudung 3 Layer
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa Mydin suka perempuan bertudung?

Previous
« Prev Post

10 comments:

  1. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8490#.UlJLblDQmos

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,
    adik perempuan saya bertudung - bekerja di HQ Mydin. Lunch time semua pekerja tidak boleh tido [lunch time tu, w/pun patutnya masa senggang pekerja...] dilarang keras menggunakan hp [walaupun tepon tu pekerja sendiri bayar bil] cuti umum yang kerajaan PR beri masa PRU13, dibatalkan...apapun terima kasih Jazakallah buat Mydin kerana memberi 2biji kurma pada setiap pekerjanya yang bekerja lepas waktu berbuka tempuh hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak redho dengan apa yang anda dapat dalam melaksanakan kerja di sana, elok cari kerja lain. Takut rezki tak berkat.

      Delete
    2. rungutan remeh macam tu kalau tak tahan, pegi cari kerja tempat lain.... bekas majikan saya orang PR, staff kerja macam takde life dengan gaji kecil. tahan je la, merungut pun belakang2. alhamdulillah dapat kerja tempat baru yang ok.

      Delete
  3. Kalau dah mamak, xkira la Mydin ke Habib ke, penerbit yang boss mamak ke, kalau dh mamak mmg xpernah nak hargai pekerja. dia lebih gemar menjaga hati pelanggan daripada pekerja. tu kira dh bersyukur dapat kurma 2 biji bekerja lepas berbuka. kalau mamak lain, diorg akan ikat perut pekerjanya selagi mana boleh. cuti pun kalau boleh dibekukan. hari cuti umum pun kena kerja di kala seluruh rakyat malaysia bercuti. itulah MAMAK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada boss yang lain pendekatannya. Ada yang cukup memberi muka pada pekerja dan membiarkan pekerja buat ikut suka mereka. Ada juga boss yang mengadakan syarat yang ketat untuk bekerja dengan mereka. Semuanya ada dalam kontrak pekerjaan.

      Pekerja perlu bersetuju sebelum bekerja. Kalau tak setuju elok berhenti saja kerana rezki ada dari berbagai sumber.

      Delete
    2. Anak aku pernah jdi pakguard kat Mydin (masa tunggu SPM), jumaat pertama xboleh pi solat jumaat sebab guard xde, jumaat kedua xboleh pi gak, esoknya ayah dia suruh beghenti!. Masa aku hantar uniform guard tu, aku tanyalah kenapa depa xboleh pi jumaat? Dia kata sapa xbagi solat jumaat? Kerani tu xtau @ buat2 xtau. Aku xpernah pi Mydin!

      Delete
    3. siapa2 yang bisnes memang kena lebihkan pelanggan daripada staf. lumrah lah tu....

      Delete
  4. respect staff bawahan dan anda akan dihormati juga malah kerja lebih efisien :)

    ReplyDelete
  5. haha..ada makna tu rupanya..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !