Bertemu kisah perniagaan beli kasut online dari buku
Semuanya mula berubah selepas membaca buku tulisan Tony Hsieh yang beratjuk Zappoc.com, Delivering Happiness. Pada asalnya tak tahu buku tersebut menceritakan bab apa, cuma tahu ianya adalah sebuah buku perkongsian pengalalaman penulisnya sendiri bagaimana dia membina sebuah syarikat yang membuatkan dirinya jadi Billionaire.
Oleh kerana suka baca apa saja buku yang berkisar tentang keusahawanan, saya dapatkan juga senaskah dan mula membacanya. Kisahnya berkisar tentang kehidupan Tony Hsieh sejak kanak-kanak bagaimana dia membesar dan mengutip pengalaman keusahawan sejak kecil.
Bila otak dah suka berniaga, dia mula cari projek niaga sejak di bangku sekolah. Macam-macam projek yang dilakukannya untuk buat duit. Yang menariknya dia sedikitpun tidak melupakan pelajaran di mana dia merupakan seorang yang pintar walaupun aktif berfikir untuk berniaga.
Bila masuk universitipun dia masih lagi aktif buat duit dengan berniaga. Antara perniagaannya adalah buat pizza dan dijualkan pada pelajar lain. Hasil dari ligat berniaga sambil belajar, sebaik sahaja tamat pengajian dia sudah mengumpulkan banyak wang simpanan di dalam akaun banknya.
Tony Hsieh jadi jutawan dalam usia muda
Habis saja belajar dia di terima bekerja dengan sebuah syarikat IT yang terkenal kerana dia merupakan pelajar yang amat pintar. Tapi tak lama dia bekerja, dalam masa 6 bulan sahaja dia letak jawatan kerana nak buat bisnes perkhidmatan mereka bentu dan buat web untuk perniagaan.
Perniagaan buat web itu tak menjadi, sebaliknya projek menghabiskan masa lapangnya dalam dunia IT yang menjadi. Dia berjaya membuatkan Microsoft menawarkan pembelian syarikat berasaskan internetnya itu dengan jumlah melebihi USD260 juta!!! dalam tempoh dua tahun sahaja. Dia menjadi jutawan sekelip mata dalam usia yang muda.
Mula membina syarikat beli kasut online
Hasil daripada jualan syarikatnya itu Tony mula menjadi jutawan yang banyak menghabiskan masa melayan kehidupannya. Dia mencari arah hidup sambil menggunakan wang yang didapati tadi untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang dirasakan menarik.
Pelaburannya dalam banyak perniagaan tidak menjadi sebenarnya dan lama kelamaan duitnya mula habis. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang bekas pekerja syarikat perniagaan kasut yang meyakinkannya untuk membuka sistem perniagaan beli kasut online.
Mulanya dia juga tak yakin, tetapi pemuda itu menunjukkan bagaimana sebelum itu sudah ramai orang yang membeli kasut melalui katalog yang mana pasaran pembelian kasut dari katalog bernilai RM2 billion di Amerika. Itu satau pasaran yang besar di sebalik kekangan kononnya orang tak akan beli kasut tanpa terlebih dulu mencubanya. Maklumat itu saja sudah cukup untuk memberikan pada Tony Hsieh kepercayaan melabur pada syarikat beli kasut online itu.
Diringkaskan cerita (kalau nak tahu detail sila beli buku Delivering Happiness: A Path to Profits, Passion, and Purpose dan baca), muncullah Zappos.com yang akhirnya dibeli oleh Amazon.com dengan nilai lebih daripada dua billion dollar Amerika!!!. Itu memadamkan persepsi saya selama ini bahawa perniagaan beli kasut online adalah idea yang tak akan menjadi.
"Kalau anda minat berniaga dan ada idea perniagaan tapi tak pasti potensi perniagaan itu, jom sertai Bengkel Menilai Potensi Perniagaan anda di sini."
Beli kasut online dah ada di Malaysia, cubalah!!!
Oleh itu tidak hairanlah di negara kita sekarang syarikat seperti Zalora.com, Lazada.com dan lain-lain lagi muncul dengan menawarkan hampir apa saja barang yang manusia biasa beli secara konvensional melalui pembelian online.
Untuk anda kaum wanita yang berminat nak mencuba bagaimana pengalaman belian kasut online boleh mencubanya sekarang kerana ada tawaran menarik dengan potongan harga sepanjang hujung minggu ini dengan masuk ke Upto 25% Off on Shoes On Women Shoes! Weekend Shoes Sale!
Untuk kaum lelaki pun jangan risau, anda juga ada tawaran seperti mana kasut wanita dengan pembelian kasut online daripada Zalora.com ini. Masuk saja ke Upto 25% Off on Shoes On Men Shoes! Weekend Shoes Sale! dan cuba sendiri pengalaman beli kasut online.
Manalah tahu pengalaman itu dapat memberikan idea pada anda untuk mula membeli semua barangan rumah secara online atau mungkin juga timbul idea untuk membuka satu perniagaan online sendiri bagi melawan syarikat seperti Zalora.com dan juga Lazada.com yang ligat di negara kita sekarang. Selamat mencuba beli kasut online.
masaallah nya di msia ni, undang2 nya tidak kuat kalau kita di tipu beli melalui online. Penjual online nak menipu tidak rasa bersalah langsung.
ReplyDeleteAda kebenarannya juga. Undang-undang tu ada sebenarnya, kena pergi ke bahagian pengaduan Hal ehwal pengguna dan buat laporan beserta pembuktian. Biasaanya ada bukti mereka akan ambil tindakan..mungkin ambil masa sikit.
Delete