Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 November 2013

Berita baik untuk usahawan dan salesman

  Ano Nyme       19 November 2013
peluang meningkatkan kejayaan usahawan dan salesman
Jika anda seorang usahawan, tentu faham bagaimana sukarnya mendapatkan pelanggan. Usahawan dan juga salesman sebenarnya sama saja, masing-masing perlu berusaha untuk dapatkan pelanggan seramai mungkin dan dengan konsisten.

Bila dah dapat pelanggan, usahawan dan salesman tak boleh leka. Pelanggan yang sukar diperolehi itu perlu pula dijaga agar mereka menjadi pelanggan setia. Usahawan dan salesman perlu pastikan pelanggan diberikan khidmat yang terbaik agar masing-masing mendapat faedah maksimum daripada perhubungan mereka.

Oleh itu ada dua perkara penting dalam usaha untuk mendapatkan jualan dalam sesebuah perniagaan:
#1. Mencari satu pendekatan paling berkesan untuk mengenal pasti pelanggan dan menarik mereka kepada perniagaan.
#2. mencari satu pendekatan yang paling berkesan untuk mengekalkan kesetiaan dan juga kepuasan pelanggan yang telah membuat keputusan untuk menggunakan produk atau khidmat yang telah usahawan atau salesman berikan.
Dua perkara di atas amat penting dan perlu diselesaikan oleh semua usahawan dan salesman untuk mengecapi kejayaan yang hebat.

Persoalannya apakah cara terbaik untuk menguasai kedua-dua cabaran tersebut di atas?

Jika di negara maju dan juga amalan syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa, mereka menggunakan teknologi untuk hal ehwal pengurusan dan mengekalkan pelanggan.

Teknologi maklumat canggih dunia moden ini membolehkan usaha itu dilakukan melalui sistem yang dipanggil CRM yang bermaksud Customer Relationship Management.

Sistem inilah yang diguna pakai oleh semua syarikat yang berjaya. Sistem yang sama juga diberikan kepada semua para salesman yang berjaya untuk mengoptimumkan hasil usaha mereka mendapat dan mengekalkan kepuasan pelanggan.

Jika anda usahawan atau salesman atau taukeh kepada apa saja perniagaan dalam industri kecil dan sederhana, kini anda berpeluang untuk mengenali apakah CRM dan apakah keupayaannya dalam membantu anda melonjakkan diri menjadi lebih hebat.

Anda ditawarkan kursus dan latihan percuma yang dipanggil Second CRM Free OYB Workshops. Sertailah seminar dan juga latihan percuma ini seperti maklumat di bawah:

Time: 10:00 am to 12:30 pm (Registration starts at 9:30 am)
Date: Every 2nd & 4th Wednesday, starting January 23, 2013 *.
Venue: Plug & Play Technology Gardens, Level 7, The Gardens South Tower, Mid Valley, Kuala Lumpur, Malaysia
Cost: Free
Jika berminat terus saja klik Second CRM Free OYB Workshops untuk maklumat lanjut.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Berita baik untuk usahawan dan salesman

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. satu peluang untuk mendapat ilmu yang sangat berguna juga ini..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !