Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 November 2013

Kedai makan menarik di Puchong

  Ano Nyme       22 November 2013
kedai makan di Bukit Puchong
Jika anda datang dari IOI Puchong melalui LDP menuju ke Putrajaya, sebelum berjumpa dengan tol terakhir di LDP tersebut akan bertemu dengan sebuah kedai makan antik yang menarik di sebelah kanan LDP.

Untuk pergi ke kedai makan itu, sila ambil exit  menuju ke Klinik Desa Batu 14 yang anda boleh ligat melalui papan tanda di sepanjang LDP.

Sebaik sahaja keluar ambil lorong kanan naik ke jejambat dan pusing kanan sebaik saja lampu bertukar menjadi hijau. Terus ke depan turun dari jejambat itu dan seterusnya ambil simpang pertama ke kiri di hadapan anda.

Sebaik sahaja ke kiri, ada satu simpang kecil yang juga ke kiri. Ambil simpang itu dan terus sampai hujung dan kemudiannya belok kiri sekali lagi. Anda akan bertemua dengan bangunan kedai sepanjang sebelah kiri, kedai perabot jati dan kemudiannya kelihatan sebuah kedai makan yang dinamakan Ipoh Station.
kedai makan di bukit puchong

Apa yang menarik di kedai tersebut adalah sausana kedainya yang menggunakan hampir keseluruhan peralatan perabut dan juga pinggan mangkok daripada barang-barang lama yang serba antik.

Dari kerusi mejanya, kaunter bayaran, perhiasan atau dekorasi seluruh dinding kedai menggunakan barangan antik yang pernah digunakan masa zaman P Ramlee dulu.

Ketahui rahsia buat perniagaan restoran dengan pantas dengan dapatkan ebook How to Open Your Restaurant in 8 Weeks 

Duduk minum di kedai tersebut boleh membuatkan kita rasa seperti berada di zaman P Ramlee semula bagi yang sering menonton filem-filem lama lakonan P Ramlee tentu seronok berada di dalam kedai tersebut.

Selain daripada suasananya yang relaks, makanannya juga sedap dan harganya berpatutun. Menu makan paginya berbagai termasuklah mee goreng, mee kari, nasi lemak, lontong, roti bakar dan lain-lain lagi.

Kedai makan menarik di Puchong

Bagi anda yang mahukan kelainan untuk menikmati makan pagi atau makan petang atau makan tengahari, bolehlah mencuba di restoran tersebut jika anda berkesempatan lelalui LDP menuju ke Putrajaya. Berikut saya paparkan beberapa keping gambar yang diambil ketika singgah di situ beberapa hari sudah.

makan-makan di puchong
Untuk yang berminat nak ke sana, ini alamtnya, Klik pada anak panah kecil untuk dapatkan arah dan peta:

 2-20 Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, (Parallel to LDP Highway)Puchong,Selangor 47100 

jalan-jalan cari makan di puchong



jalan-jalan cari makan

jalan-jalan cari makan

jalan-jalan cari makan

jalan-jalan cari makan

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kedai makan menarik di Puchong

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. boleh singgah, laluan saya pergi kerja ni.

    saya ada cadangan, apa kata untuk direction ke sana, sertakan sekali google image lokasi kedai makan ni atau koordinat GPS sekali. sebab ada orang yang lebih mudah ingat secara visual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas cadangan. memang nak buat gitu tapi tak berapa reti...nanti saya usahakan. TQ

      Delete
  2. Wah. Dekat giler dgn my house. Penah gi sekali je. Ramai orang boleh terlepas simpang nk masuk..

    ReplyDelete
  3. Syeh.. atas syor tuan spt di gambar.. sy skrg berada di ipoh station... makanan mmg sedap..tp syg service sgt tidak efficient.. 1/2 jam saya menunggu.. akhir waiter terlupa .. harap pemilik dpt perbaiki.. jgn terlalu bergantung pd pekerja indon.. t kasih

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !