Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 November 2013

Kenapa pagi waktu terbaik untuk bersenam

  Ano Nyme       24 November 2013
Kalau anda seorang yang tidak bersenam, tak perlulah ambil tahu waktu terbaik untuk bersenam. Apa yang perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ambil tahu waktu terbaik untuk bersenam adalah luangkan masa untuk bersenam tak kira samada waktu pagi petang, tengahari atau malam. Selepas itu baru ambil tahu waktu terbaik.

Andainya anda masih tak tahu bahawa pembunuh paling utama manusia zaman moden ini yang jumlah kematiannya jauh lebih tinggi daripada AIDS, serangan Jantung, Malaria atau lain-lain lagi, saya nak bagi tahu sekarang.

Pembunuh paling besar manusia zaman moden adalah amalan terlalu banyak duduk berbanding bergerak. Baca tulisan saya berkenaan masalah duduk dengan klik di sini.
waktu terbaik untuk berjalan kaki

Selepas baca tulisan tersebut, sila ubah cara kehidupan anda dengan rajin bersolat berjemaah di masjid atau surau mana yang paling jauh dan pergilah berjalan kaki.

Bagi orang yang dah dapat menyuntik amalan hidup sihat dalam kehidupannya dengan bersenam, dan amalan tersebut telah menjadi rutin ketagihan yang tak puas kalau tak buat, tiba masanya untuk ketahui waktu terbaik untuk bersenam. Sikap membaiki diri secara berterusan adalah amalan terbaik demi mencapai matlamat hari ini lebih baik daripada semalam.

Waktu pagi adalah waktu terbaik untuk bersenam

Ya!, jawapannya saya dah berikan di dalam tajuk entri ini, kalau tak faham lagi tentu anda ada masalah yang dinamakan bengap atau lalai!, harap pembaca bukan dari golongan itu yang mulut terkumat kamit baca, sedangkan akal fikiran ingatkan keputusan Mat Sabu menang dalam pemilihan semalam.

Kenapa waktu pagi adalah waktu terbaik untuk bersenam?, apakah faedahnya? Saya senaraikan sebab-sebabnya secara ringkas agar anda boleh sesuaikan waktu untuk cuba bersenam di waktu pagi pula selepas ini.

#1. Melanjutkan kesegaran dan mood

Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.

#2. Membakar lebihan lemak dalam badan

Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima.

Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.

#3. Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari

Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji.

Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.

#4. Aktiviti pembakaran kalori berterusan

Jika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.

Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.

Cukuplah empat faktor di atas untuk meyakinkan anda bersenam di waktu pagi. Semuanya menjurus pada tahap kecergasan maksimum sepanjang hari yang mana semua orang yang mahu bekerja perlukan untuk menjalani kehidupan yang produktif.

Macam mana nak bersenam di waktu pagi

Alasan utama yang diberikan adalah tak ada masa untuk bersenam di waktu pagi. Kena pergi kerja awal dan sebagainya. Anda pun tahu tu hanyalah sekadar alasan, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau tak sempat bersenam selepas subuh, bersenam sebelum subuh...betul tak?.

Satu lagi alasan adalah aku dah tak larat nak berlari macam orang tak betul pagi-pagi. Siapa kata anda kena lari?, kalau tak mau lari, berjalan kakipun dah mencukupi. jalan kakai laju sikit dan bukannya macam lengang kangkung. Berjalan selama 30 ke 45 minit dah mencukupi.

Purata orang yang mahu pastikan dia sihat perlu berjalan kaki sekurangnya melebih 5500 tapak sehari. Itu adalah jumlah yang paling minimum untuk memasukkan anda dalam golongan yang bukan lembab tak bergerak.

Semua orang perlu sasarkan untuk bergerak sebanyak 10,000 langkah dalam masa satu hari. Lakukan perjalanan sebanyak itu setiap hari dan kalau kadangkala tak sempat, sasarkan untuk mencapai sebanyak 70,000 langkah dalam masa seminggu.

Jika itu anda lakukan secara istiqamah, masalah kencing manis akan berkurangan jika anda ada kencing manis dan jika masih tak ada lagi, Insyaallah akan dapat dielakkan.

Masalah kegemukkan juga akan berkurangan dan biasanya mereka yang gemuk yang melakukan amalan jalan kaki secara tetap sebanyak 10,000 langkah sehari akan mula slim dalam masa tak sampai enam bulan. Perubahan badan slim akan mula kelihatan selepas hanya 3 bulan.

Oklah! mari tanam azam untuk melakukan senaman dan pastikan anda pilih waktu terbaik untuk bersenam! selamat beramal. sumber gambar
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa pagi waktu terbaik untuk bersenam

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. den salu tak sempat jog pagi, yo la, pi kerja pun kul 7.. weekend je la ada masa nak jog.. itu pun jog pusing pusing giant senawang.. huhu

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !