Bob ambil pendekatan cara kuruskan badan no.1 yang paling baik...panjat bukit walaupun menangis tak larat |
Dalam banyak-banyak cara kuruskan badan yang ada di pasaran, hanya ada satu sahaja cara kuruskan badan no.1 yang paling baik. Ada bermacam tawaran dipasarkan pada orang gemuk yang ada keinginan nak kuruskan badan.
Ada cara makan ubat, ada cara pembedahan, ada cara siksaan dan bermacam-macam lagi. Tiap-tiap satu produk pula mempunyai berbagai jenama yang kalau nak dihafal memakan masa yang lama. Tetapi tak payahlah nak faham nama produk, sebab apa yang orang gemuk mahu sebanarnya bukan produk. Sebaliknya mereka mahu kuruskan badan.
Daripada kajian demi kajian, terbukti bahawa orang yang nak kuruskan badan tidak akan berjaya jika meletakkan sasaran nak kuruskan badan sebagai matlamat. Meletakkan sasaran untuk kurangkan berat badan sebanyak 20kg juga bukanlah satu sasaran atau matlamat yang betul...bukan-bukan!!!
Sebaliknya, jika anda gemuk dan mahu kuruskan badan, matlamat yang perlu diletakkan yang bakal membentuk keperibadian dan kejayaan adalah dalam bentuk membentuk sistem. Dalam bahasa ringkasnya membentuk tabiat.
Oleh itu sasaran terbaik untuk orang gemuk kuruskan badan adalah seperti:
- Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 45 minit...
- Makan protein lebih banyak daripada karbohidrat...
- Tidak duduk lebih daripada 4 jam sehari...
- Tidak makan makanan manis dalam kuantiti yang tertentu...
- Berpuasa setiap hari isnin dan khamis...
- Dan lain-lain lagi seumpamanya
Matlamat yang saya berikan di atas adalah matlamat yang membentuk sistem dan bukannya berbentuk hasil. Ini terbukti lebih berkesan. Sebaik sahaja anda letakkan sasaran untuk membentuk sistem atau tabiat seperti di atas, lupakan sahaja matlamat nak kuruskan badan kerana badan anda akan menjadi kurus slim sihat dan berotot secara semula jadi dan tidak disedari.
Kuruskan badan dengan makan ubat dan pembedahan tidak perlu!
Berdasarkan penerangan yang diberikan di atas, anda tentu bersetuju bahawa tak ada orang gila yang nak letakkan matlamatnya untuk makan ubat kurus secara konsisten seguni setiap bulan dan tak ada orang gila yang nak letakkan matlamatnya untuk masuk wad pembedahan buang lemak...itu semuanya karut dan kerja tak siuman dan merosakkan kejadian anda sebagai manusia.
Panduan untuk kuruskan badan dengan cara yang betul
Sebab itulah jika ada produk yang manawarkan teknik kuruskan badan dengan makan ubat dan seumpamanya tidak saya syorkan pada pembaca yang nak kuruskan badan.
Saya hanya akan syorkan teknik yang memberikan panduan yang dapat memberikan kita idea meletakkan sistem sebagai matlamat. Itulah cara terbaik dan memberikan kesan jangka panjang yang hebat merangkumi keseluruhan hidup anda.
Berikut saya syorkan dua panduan yang boleh anda beli:
- Anda boleh dapatkan samada Panduan Diet Seimbang ataupun...
- dapatkan panduan TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS
Ataupun dapatkan keduanya untuk membanyakkan idea dan maklumat untuk kuruskan badan yang terbaik. Jangan tunggu lagi, jadikan sistem atau pembentukaakn tabiat yang baik sebagai matlamat daripada menjadikan hasil sebagai matlamat. Selamat mencuba!!!
Setuju dengan pandangan bro. Disiplin menguruskan badan memerlukan langkah yang sistematik dan konsisten. Tanpanya, niat menguruskan badan tidak akan berhasil.
ReplyDeleteNamun, di zaman yang serba mahu cepat ni, orang mahu hasilnya cepat dan jarang sekali mampu bersabar sebelum boleh menuai hasilnya.
yups, jadikan amalan
ReplyDeletehasilnya pasti yang terbaik