Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

03 December 2013

Contest SEO Eridy satu cubaan SEO

  Ano Nyme       03 December 2013
Apa contest seo eridy

Kenapa tajuk, Contest SEO Eridy satu cubaan SEO dipilih untuk tajuk entri ini? sebabnya adalah kerana ia merupakan satu contest SEO yang mengambil kira keyword ayat tersebut sebagai pemenang pertandingan. Bagi mereka yang kabur tentang apa itu SEO macam saya, tentu agak kabur juga apa itu keyword. Jadi saya berikan sedikit pencerahan berkenaan kedua-dua perkara tersebut.

Sebelum itu, jika anda mahu tahu lebih lanjut berkenaan Contest SEO Eridy, bolehlah pergi kepada blog tuan tanah yang menganjurkan contest SEO ini dengan klik di sini. Tuan tanah meletakkan syarat dan menawarkan ganjaran berikut kepada mereka yang berjaya menang:


Syarat Contest SEO ERIDY

* Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ”
* Entri mengikuti kreativiti tersendiri


Hadiah Hadiah untuk contest SEO Eridy ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00


Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Ok, berbalik pada makna SEO yang saya sebutkan tadi, ia membawa maksud 'Search Engine Optimization'. Dalam bahasa kita lebih kurang bermakna Mengoptimumkan enjin carian. Tentu anda tahu apa itu enjin carian bukan?, biasanya ramai yang jadikan google.com sebagai paparan default setiap kali buka internet.

Sebaik saja terpampang google, anda akan teruskan masukkan perkataan yang sedang dicari. Jika kita nak cari maklumat berkenaan 'contest SEO Eridy' contohnya, maka perkataan atau ayat itulah yang akan kita taip pada ruang carian google. Haaa! apa yang anda taip itulah yang dinamakan sebagai 'keyword'.

Apa berlaku setelah ditaipkan ayat "Contest SEO Eridy"


Bila anda tekan enter, maka robot carian mula buat kerja untuk memenuhi permintaan anda. Robot carian akan scan jutaan maklumat dalam alam cyber yang ada kena mengena dengan perkataan yang dicari. Sudah tentu ada berbagai pilihan untuk dipaparkan kepada orang yang mencari, bukan?.

Macam mana robot nak tentukan maklumat mana satu yang akan diberikan keutamaan. Keutamaan bermakna maklumat itu akan berada di muka hadapan sekali hasil carian yang telah dibuat. Inilah yang berlaku beberapa evolusi pengaturcaraan oleh kumpulan pakar di google.

Berdasarkan pemahaman saya, matlamat terkini yang cuba dilakukan oleh engin carian google adalah cuba memahami dan berfikir seperti manusia. Oleh itu sebarang penulisan di dalam alam maya samada di blog atau di website perlu mempunyai maklumat yang bermakna dan berbaloi untuk dibaca. Bukan lagi penulisan yang hanya bermain dengan perkataan keyword sedangkan isi kandung maklumat macam hampas.

Ringkasnya, jika anda tak mahu ambil tahu bagaimana nak buat penulisan yang mesra SEO, anda hanya perlu berfikir terlebih dahulu apakah perkataan atau ayat yang orang akan taip untuk mencari maklumat berkenaan perkara yang anda nak tulis. Jadikan perkataan itu atau ayat itu sebagai tajuk artikel anda dan pastikan penekanan diberikan pada ayat itu dalam isi kandungan artikel anda.

Oklah! itu saja perkongsian berkenaan SEO dan Keyword bersempena dengan Contest SEO Eridy. Moga adalah sedikit penambahan ilmu buat anda yang kabur terhadap apa itu SEO.


sumber gambar contest SEO Eridy
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel,

Contest SEO Eridy satu cubaan SEO

Previous
« Prev Post

18 comments:

  1. yeah kira tuan sudah ikut serta juga lah ini, semoga berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok ramai yang masuk, rasa bersalah pulak kalau tak turut serta hehehe...tq bro

      Delete
  2. tu dia, ramai sudah join. hoho..

    ReplyDelete
  3. perghh.. makin ramai dah join.. aku je yang lom lagi ni haaa

    ReplyDelete
  4. penerangan tuan tentang SEO menidakkan tuan bukan seorang yang kabur mengenai SEO...pergh terbaik punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih kabur berbanding mereka yang handal macam penulis buku seo merah jambu!

      Delete
  5. Salam.....Melihat ramai yang dah join, teringin pulak nak turut sama berjuang di atas contest SEO yang menarik ramai pengemar SEO untuk menguji tahap kemesraan SEO blog mereka. Semoga ada sinar kemenangan di pihak anda. Semoga berjaya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. menariknya entri ni. terima kasih atas penerangan tersebut. memang google algo dah dinaiktaraf macam manusia. hebat betul pakar google ni.

    ReplyDelete
  7. oh ya bro, jangan lupa redirectkan pendapatanda.com dengan www.pendapatanda.com sebab saya cuba masuk blog ni tanpa www dia jadi error 404. pergi kat setting, domain tu, tick pada "redirect pendapatanda.com ke www.pendapatanda.com"

    ReplyDelete
  8. Nice entry :) Datang BW dari contest yang sama :D

    Jom Terjah : Siapa Sebenarnya Eridy?

    ReplyDelete
  9. Selamat berjaya bro,dah ramai yang join ni,hehe

    ReplyDelete
  10. good luck :d

    http://iamliniey.blogspot.com/2013/12/contest-seo-eridy.html

    ReplyDelete
  11. Hi...salam kunjungan...saya dari contest yang sama...good luck!

    singgah sini,klik2, baca2, hehe..

    jom jenguk blog saya pula >> http://tiny.cc/jengukblogsayapula

    Entry terbaru saya, TEMPAH LOGO MURAH >> http://tiny.cc/tempahlogomurah

    Salam kenal antara blogger.

    ReplyDelete
  12. semoga berjaya :) <a href="http://jaerul.net/contest/contest-seo-eridy/>contest seo eridy</a>

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !