Ada satu jenis makanan menarik di Kampung Petani, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kampung Petani ini terletak bersebelahan dengan Kubang Semang. Ia termasuk dalam kawasan jajahan Parlimen Permatang Pauh yang punyai banyak juga tempat-tempat menarik sebagaimana posting saya sebelum ini berkenaan tempat menarik di Parlimen Permatang Pauh.
Jika anda datang datang dari BKE (Butterworth Kulim Expressway), keluar pada exit Kubang Semang dan ambil jalan menuju ke Masjid Kubang Semang.
Ambil kiri di lampu isyarat depan Masjid dan terus menuju ke Pekan Penanti. Selepas melalui kawasan kubur di kiri kanan, kemudiannya Masjid Lama Kubang Semang terus kehadapan melalui jambatan Ban Busuk dan masuk ke Pekan Penanti.
Sebaik saja sampai di simpang balai polis pekan penanti, ambil cabang kiri. Sekarang ini, jalan di dalam Pekan Penanti sudah ditukarkan kepada jalan sehala dan bukan lagi jalan dua hala. Ini dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam Pekan Penanti. Dari situ terus ke hadapan dan anda sudah berada di kawasan Kampung Petani.
Apa makanan menarik di Kampung Petani?
Makanan menarik yang ada di Kampung Petani sebenarnya adalah makanan biasa sahaja yang semua orang kenal. Makanan menarik itu adalah Laksa. Cuma Laksa kampung Petani ini agak lain dari yang lain berbanding semua laksa yang ada di negara kita. Kita biasa panggil laksa campur Kampung Petani.
Asal laksa sebenarnya hanya ada bahan laksa yang diperbuat daripada beras berbentuk meehun tetapi dalam saiz yang jauh lebih besar daripada meehun. Kalau meehun disediakan kering dan akan direndam dalam air untuk kembangkannya, laksa pula disediakan basah, untuk laksa beras. Tapi ada juga laksa yang keras kering macam meehun dan perlu direndam untuk kembangkannya, itu kita panggil laksa meehun.
Yang membuatkan laksa sedap atau tidak bergantung kepada kuahnya. Siapa yang pandai buah kuah laksa sedap, maka sedaplah jadi laksanya. Biasanya orang letak ikan sadin sebagai ramuan utama kuah laksa. Ada juga yang pakai ikan sardin dalam tin sebagai bahan ikan kuah laksa, itupun dapat menambahkan lagi rasa kuah laksa.
Bila makan laksa, orang kampung biasanya masukkan berbagai sayuran bersamanya. Ini termasuklah sayur salad, sayur buah timun yang dipotong kecil, bawang, bunga kantan, daun pucuk pokok janggus dan cili api. Selepas itu ada yang tambah pula dengan telur rebus. Ada juga yang letak buah nenas seperti laksa yang disukai oleh orang cina.
Uniknya laksa campur Kampung petani ini adalah selain daripada ramuan yang disebutkan di atas, dimasukkan juga cucur udang, Tokua, sambal beserta sotong kering dan tak lupa juga telur rebus. Kalau telur rebus yang tiga suku masak dimasukkan lagi best rasanya!.
Kedai laksa campur di Kampung Petani
Ada banyak kedai laksa campur di kampung Petani. Sebaik saja anda melepasi simpang di depan balai polis Penanti, terus ke depan ada satu lagi simpang ke kanan. Di kepala simpang itu ada kedai Pak Cha yang turut menjual laksa campur. Jika anda masuk ke simpang kanan tersebut, ke depan sana ada kereta tolak yang turut menjual laksa campur. Kedua-duanya sedap di makan.
jika anda terus ke hadapan tanpa masuk simpang kanan, lihat disebelah kanan. Ada sebuah kedai laksa campur yang juga amat sedap. Saya suka makan di kedai tersebut sebab dah biasa makan laksa arwah Pak Su yang merupakan ayah kepada taukeh kedai itu sekarang. Dahulunya kedai laksa campu original terletak berhadapan kedai yang ada sekarang. Di situlah saya dan kawan-kawan pekena laksa hampir setiap hari.
Kalau terlajak terus ke depan lagi, ada sebuah lagi kedai laksa campur dikelilingi olah pokok ceri. Itu juga salah satu kedai laksa terkenal dan sering dikunjungi ramai orang. Saya sekali sekala pergi makan juga di situ sebab kawasannya lebih luas dan redup serta lebih banyak meja makan.
Waktu berniaga makanan menarik laksa Kampung Petani ini biasanya dari pagi seawal pukul 10 hingga pukul 3 petang....singgah kalau lalu kat kawasan tu!!!Begitulah sedikit maklumat berkenaan makanan menarik di kampung Petani, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang boleh anda cuba jika lalu di kawasan tersebut.
Lepas baca, aku terus pi cari kedai tu. Memang sedap, tak sia2 aku pi dari bayan baru!
ReplyDeletememang berbaloikan...!
DeletePuncak Mutiara dah banyak kali pi, tak singgah di Kampung Petani kerana tak tahu lagi laksa yang sedap ni.
ReplyDeletecuba mai kena laksa ni pulak...dari pukul 11 pagi sampai 3 petang available
DeleteLain sikit dari laksa yang saya selalu makan. Warna dia pun seakan-akan mee hailam kalau sekali imbas.
ReplyDeletememang lain dari yang lain..tapi tetap ada rasa laksa, malah lebih best!
DeleteTak sabar nak balik kg..terliur pulak baca entri ni..
ReplyDeleteunik jugak tu makanan yak!
ReplyDeleteeank dak tu
ReplyDeletenampak sedap tu
ReplyDelete