Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

07 December 2013

Tempat menarik di sekitar Parlimen Permatang Pauh

  Ano Nyme       07 December 2013
tempat menarik sekitar bukit mertajam



Ada banyak tempat menarik di Permatang Pauh ini. Jika anda termasuk dari kalangan mereka yang sokong PKR, salah satu tempat menarik yang semua tahu adalah Kampung Cherok Tok Kun, kampung kepada Ketua Pembangkang di mana terletaknya rumah pusaka keluarganya di sana.

Tempat menarik di Bukit Mertajam

Tak jauh dari rumah Ketua Pembangkang, berhadapan dengan Masjid Cerok Tok Kun pula ada satu jalan masuk kecil. Jika anda datang dari Pusat Bandar bukit Mertajam, simpang itu ada di sebelah kiri. Pusing masuk ke kiri akan kelihatan sebuah kedai runcit sebelah kiri dan sebuah kedai Mee di sebelah kanan berhimpitan dengan pagar sekolah.

Tempat makan mee kuah menarik

Kedai mee itu merupakan salah satu kedai mee kegemaran saya setiap kali ke sana. Walaupun perut rasa kenyang, lihat saja mee kuah di kedai itu selera nak makan datang semula. Rasa mee kauhnya memang sedap dan tak akan ditemui sepertinya di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor (tak jumpa lagi setakat ini). Bukan saja mee kuah, mee gorengnya juga memang lazat sehingga menjilat pinggan!.

Selepas pekena mee kuah di situ, anda boleh terus ambil jalan kecil tersebut yang akan membawa anda ke Hutan Lipur Bukit Mertajam. Hutan lipur tersebut cukup nyaman dengan jeram kecil sesuai untuk kanak-kanak mandi manda. Itu juga kawasan riadah di mana ramai orang pergi untuk bersenam samada di waktu pagi ataupun di waktu petang.

Hutan Lipur Bukit Mertajam tempat menarik


Panjat Bukit Mertajam di Hutan lipur

Setiap kali saya ke Hutan Lipur tersebut, kelihatan ramai orang Cina yang bersenam dengan panjat Bukit Mertajam melalui jalan hutan sempit berliku di situ. Orang Cina memang suka bersenam kat situ samada lelaki, perempuan, tua atau muda. Mereka biasanya datang secara berkumpulan atau berpasangan.

Ada juga yang datang bersenam tak kira waktu. Walaupun jam menunjukkan pukul 12 tengahari, masih ada yang baru datang siap kemas berpakaian sukan dengan kasut serta tongkat. Mereka masuk hutan lipur itu dan terus memanjat bukit ke atas.

Anda memerlukan sekitar satu jam setengah ke dua jam untuk sampai ke kemuncak jika berjalan secara perlahan-lahan menikmati suasana segar dalam hutan. Samada waktu petang atau waktu tengahari, suasananya tetap redup dan tidak panas, sebab itu ada orang panjat bukit waktu tengah rembang.

tempat menarik di Permatang Pauh, Mengkuang Dam


Mengkuang Dam, tempat menarik untuk berjogging

Jauh di sebalik Bukit Mertajam yang kita panjat di Hutan Pipur itu pulak, ada sebuah kawasan empangan tadahan air yang besar dan cukup cantik.

Kawasan tersebut di namakan sebagai Empangan Mengkuang. Biasanya orang sana panggil Mengkuang Dam sahaja kerana dah terbiasa cakap orang putih kat sana. Jika anda seorang yang suka bersenam sambil menikmati suasana nyaman dan damai, Mengkuang Dam memang tempat yang sesuai.

Tak banyak pokok di kawasan empangan Mengkuang itu, oleh itu ianya sesuai hanya di waktu awal pagi dan juga waktu petang sahaj di mana matahari tak terik membakar kulit. Kalau anda pergi di waktu cuti atau hujung minggu, penuh orang bersenam di sekitar jalan persisiran empangan yang luas itu.

Seperti biasa ramai orang berbangsa Cina di situ berjogging, ber Tai Chi atau berjalan kaki. Orang Melayupun agak ramai yang suka ke situ terutamanya pasangan anak muda yang sedang galak bercinta.

tempat menarik di bukit mertajam


Jika anda datang dari Bukit Mertajam, sebaik saja keluar semula dari Hutan Lipur Bukit Mertajam ke jalan utama, belok kiri dan terus menuju ke Kulim. Sebelum masuk ke Kulim iaitu selepas melalui Machang Bubuk, ada satu simpang sebelah kiri menuju ke Sg Lembu. Ambil simpang tersebut dan terus tanpa belik-belok lagi untuk sampai ke Mengkuang Dam.

Kalau tak mau ikut jalan itu, patah balik ke Pekan Bukit Mertajam dan ambil jalan menuju Ke Kubang Semang. Sebelum itu bila dah singgah ke Pekan BM tu, masuk ke tengah pekan berhampiran Pasar BM dan cari bangunan MARA. Kat situ ada cendol paling best di Bukit Mertajam dan rasanya paling best yang pernah saya jumpa setakat ini. Pekena semangkuk atau dua mangkuk cendol BM.

Jika anda datang dari Plus Highway di Seberang Jaya, ambil Butterworth Kulim Expressway (BKE) menuju ke Kubang Semang. Jangan keluar di Simpang Kubang Semang. Sebaliknya keluar ke simpang hadapan satu lagi terus ke Mengkuang. Turun sahaja dari lebuhraya anda akan bertemu lampu trafik. Ambil kanan dan terus untuk ke Mengkuang Dam.

Sekarang ni nak jalan mudah sangat, ada smart phone yang boleh bantu anda pergi ke mana saja anda mahu. Yang pentingnya, mesti tahu nama tempat menarik yang mahu diterokai. Oleh itu jangan lupa untuk kunjungi tempat menarik di sekitar Parlimen Permatang Pauh yang saya sebutakan diatas jika anda pergi ke sana.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tempat menarik di sekitar Parlimen Permatang Pauh

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. Apa yang seronoknya bila menjelajah negeri-negeri utara ni adalah pada makanannya. Kebanyakan gerai-gerainya menghidangkan menu yang amat menyelerakan. Tambahan pula, harganya amat berpatutan. Mungkin faktor makanan murah dan berkualiti ini berkait rapat dengan keadaan geografi negeri utara ini yang dekat dengan sumber makanan. Maklum aje la, negeri-negeri utara ni, negeri jelapang padi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan belah sana memang best terutamanya Penang

      Delete
    2. Salam Subhi... cerita sama burger special kat kubang semang... boy burger...

      Delete
    3. Dah cerita sebenarnya, tapi sejak pindah ke restoran Faiz belum lagi...nanti balik boleh buat satu cerita khas untuk Boy Burger. Insyaallah!

      Delete
  2. Dulu masa kecik2 arwah bapa saya (orang Tanah Liat tapi merantau ke Perak) selalu bawa kami makan dadih kat Penanti..tahun lewat 60an..tapi sekarang dah susah nak cari kedai dadih ni..nak bagi anak2 pula rasa. Tok saya sebelah mak dulu kat Sg Semambu (dekat Penanti)...memang seronok betul kalau balik kg..mandi air telaga..amat sejuk sekali..merayau dalam kg Sg Semambu..tapi sekarang dah tak ada sapa dah dan kenderaan pun banyak sangat hingga nak lintas jalan pun susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya itu dadih yang dibuat oleh Jabatan Pertanian kalau tak silap saya...!

      Delete
  3. hanya baru beberapa kali ke utara
    masih sangat banyak tempat belum disinggahi
    permatang pauh ni pun rasanya belum sampai lagi

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !