"Pastikan anda bela kucing dengan baik dengan mendapatkan panduan bela kucing ini>>>Kucing Comel"Komen itu memberikan pautan berkenaan hukum jual kucing dan beli kucing serta apakah hukumnya makan hasil dari wang perniagaan jual dan beli kucing.
Anda boleh baca penerangan tentang perkara tersebut pada pautan ini.
Dalam pautan di atas, hukum yang diberikan adalah haram.berdasarkan dalil hadits Nabi SAW;
Diriwayatkan dari sahabat Jabir bin Abdillah RA bahwasanya Nabi SAW telah melarang memakan kucing dan melarang pula memakan harga kucing (nahaa [an-nabiyyu] ‘an akli al-hirrah wa ‘an akli tsamaniha)(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, hadits shahih. Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Jami’ Al-Shaghir, Juz II hal. 191).
Hadits Nabi SAW itu menjadi dalil haramnya memakan kucing dan memperjual-belikan kucing. Jadi kita diharamkan memperdagangkan kucing sebagaimana kita diharamkan memakan daging kucing (Tentang haramnya memakan kucing lihat Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna`, Juz II hal. 273; Syaikh Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, Juz II hal. 192).
Bagaimana pula dengan pendapat jumhur terutamanya para ulama keempat-empat Mazhab tentang hukum jual kucing dan beli kucing ini.
Menurut satu lagi portal pula, jumhur ulama berpendapat hukum jual kucing dan beli kucing adalah dibolehkan. Tetapi portal itu juga lebih cenderung untuk mengambil pendapat sebahagian dari ilmuan yang mengharamkan hasil jual dan beli kucing.Di situ juga menggunakan dan membahaskan hadith yang berkisar daripada hadith yang saya sebutkan di atas tadi. Ia memberikan penjelasan akan kesahihan hadith itu dan membenarkan pendapat bahawa hasil jual beli kucing adalah haram. Boleh baca tulisan itu di pautan ini.,
Perlu diingat bahawa hadith tersebut asalnya membahaskan akan haramnya makan daging kucing, dan disebut secara jelas hasil wang penjualan kucing haram di makan.
Tentu kita akan terfikir bahawa kemungkinan besar haram makan wang jual beli kicing itu adalah lanjutan daripada haramnya makan daging kucing. Lantas hukum jual kucing dan beli kucing untuk tujuan dijadikan makanan adalah haram.
Pendapat Ustaz Azhar Idrus beli kucing dan jual kucing
Soalan yang saya pernah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus terhadap persoalan samada boleh jula kucing dan beli kucing. Memang soalan ini cukup menarik dan ingin diketahui oleh orang ramai yang makin berminat untuk pelihara kucing.Menurut Ustaz Azhar Idrus, ada perbezaan pendapat berkenaan isu jual kucing dan beli kucing ini. Ada yang tidak membenarkannya dan ada pula yang tidak melarangnya.
Namun begitu, daripada penjelasan beliau, nampak bahawa beliau cenderung kepada membenarkan aktiviti jual kucing dan juga beli kucing ini. Kerana jika orang bukan Islam mempunyai kelebihan untuk membela anjing sebagai teman peliharaan, maka orang Islam pula boleh menggantikan anjing dengan kucing.
Oleh itu tidak salah beli dan jual kucing asalkan bukan bertujuan untuk dijadikan makanan. Jika kita menjual atau membeli kucing untuk tujuan makanan, atau mungkin juga jual kucing pada orang yang nak makan kucing tersebut, maka hukumnya adalah haram.
Anda boleh dengar ceramah beliau dalam menjawab persoalan jual kucing dan beli kucing itu di bawah:
Oleh itu terpulanglah pada pendapat masing-masing dalam mengambil pendapat-pendapat yang saya berikan di atas. Imam Nawawi mengatakan sah beli kucing dan jual kucing jika kucing itu terlatih untuk melakukan atau memberikan manfaat tertentu kepada pembelinya.
Ertinya jika kucing itu jinak dan terlatih dan bukannya liar adalah dibolehkan aktiviti jual dan beli untuk mendapatkan manfaat daripada peliharaan kucing tersebut.
Moga artikel yang dituliskan ini mendatangkan manfaat bagi mereka yang sedang menjalankan atau mahu menjalankan aktiviti bela kucing, beli kucing dan jual kucing.
Apa pendapat anda pula terhadap isu jual kuicng dan beli kucing ini...berikan komen dibawah jika anda ada pendapat atau maklumat lain. Wallahualam! (sumbergambar)
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !