Tapi persoalannya adalah, tak ramai yang ada duit simpanan yang banyak. Sedangkan ramai beranggapan kalau nak buat duit beli hartanah perlu ada modal.
Jadi, betul ke nak nak buat duit beli hartanah kena ada modal?
"Anda mampu buat duit beli hartanah dengan belajar dari mereka yang dah berjaya, pergi ke Ebook Rahsia Rumah Lelong"
Kisah buat duit beli hartanah
Bila melayari dan baca blog di negara kita, orang Malaysia berbangsa Melayu, yang menulis blog menggunakan Bahasa Malaysia, di dunia cyber ini, ramai yang berkongsikan maklumat berkenaan buat duit beli hartanah.Kebanyakan daripada mereka masih muda belia. Mereka masih lagi di peringkat awal dalam dunia kerjaya. Tetapi hebat dan mengkagumkan kerana mereka dah mula peka pada teknik buat duit beli hartanah dengan terjun ke dalam Industri Hartanah.
Oleh kerana rasa tertarik dengan perkembangan itu, saya terdetik untuk buat sedikit survey. Saya lalu mendaftarkan diri pada salah satu seminar hartanah yang dianjurkan oleh Sifu mereka dalam dunia blogging buat duit beli hartanah. Seminar itu diadakan di Shah Alam.
Abangensem.com, begitulah nama blog dan juga nama panggilan tuan punya blog. Orang kenal dia dengan nama 'Abang Ensem'. Saya tak pasti pulak samada 'Ensem' tu bermaksud 'kacak'...?.
Ketika menghadiri seminar, terbukti bahawa memang ramai orang muda. Mereka nampaknya amat peka pada peluang buat duit beli hartanah dan mula berjinak-jinak dalam industri hartanah.
Mereka semuanya berbangsa Melayu dan yang paling penting, masih muda belia. Ada juga yang dah tua lanjut macam saya, tapi taklah ramai seperti mereka. jumlahnya boleh dikira jari, memang tak ramai.
Nampaknya ini satu perkembangan yang cukup menarik, yang sedang berlaku di negara kita. Ramai orang sedang berbicara berkenaan industri hartanah. Mereka bukan cakap saja, tetapi cuba memahami dan melibatkan diri dalam industri tersebut.
Rasa hebat sangat dan kagum pada orang muda sekarang. Kerana ini merupakan satu perkara yang tak pernah terlintas dalam kepala saya ketika muda belia dadulu!!!.
Antara faktor penyebab ramai yang nak buat duit beli hartanah
Mungkin ada banyak sebab yang membuatkan ramai orang teringin nak buat duit beli hartanah di negara kita sekarang ini. Antara penyebabnya, yang boleh saya fikirkan adalah seperti berikut:
- Populariti buku Poor Dad, Rich Dad. Sejak ramai orang yang dah baca buku Poor Dad, Rich Dad, maka ramailah yang terpengaruh dan disuntik semanta serta inspirasi dari penulisnya Robert Kiyosaki. Salah satu kandungan yang ada dalam buku itu menceritakan bagaimana dia buat duit beli hartanah dengan beli dan jual rumah sehingga akhirnya beli dan jual bangunan.
- Buku Azizi Ali juga mendapat sambutan tinggi. Kalau tak baca buku Robert Kiyosaki, ramai juga yang terdedah pada buku Azizi Ali. Dia mengambil teknik yang sama macam Robert Kiyosaki. Cara penyampaiannya juga sama. Ada di dalam buku-bukunya yang menceritakan berkenaan buat duit beli hartanah. Ini terbukti berjaya menyakinkan ramai orang untuk berubah menjadi kaya, hidup berhemah dan celik wang.
- Lambakan buku lain mengenai hartanah. Buku-buku lain berkenaan hartanah di pasaran mula berkembang dan banyak. Cuba pergi ke MPH, bahagian pelaburan atau kewangan, anda boleh pilih banyak tajuk berkenaan hartanah yang anda ingin tahu.
- Berkembangannya seminar perkongsian ilmu hartanah. Seminar demi seminar dari berbagai peringkat umur dan golongan di anjurkan samada di dewan, hotel, bilik seminar dan lain-lain di seluruh Malaysia. Ini juga menggalakkan orang ramai mencuba untuk buat duit beli hartanah.
- Faktor ekonomi yang menekan. Faktor paling utama adalah berpunca dari semua barang yang harganya dah melambung naik. Sejak rakyat buaty keputusan untuk kekal memilih BN sebagai kerajaan Persekutuan, barang asyik naik. Tak ada pilihan lain jika mahu pendapatan juga turut naik selain dari cuba intai peluang dalam industri hartanah.
Cerita kawan buat duit beli hartanah
Ada cerita seorang kawan dari Pulau Pinang yang memberikan nasihat pada seorang remaja. Remaja itu menjalankan bisnes insuran. Dinasihatnya remaja itu agar cuba-cuba berjinak dengan hartanah.lalu budak lurus itu mendengarnya dan dia mula berusaha beli rumah yang ketika dibeli berharga dalam sekitar RM300 ribu lebih. Sudah tentu dia menggunakan pinjaman bank untuk itu dengan mengeluarkan sedikit modal.
Selang tak berapa lama, tawaran datang untuk membeli rumahnya dengan harga RM500 ribu!. Apa lagi, dia terus jual dan ambil untungnya yang banyak. Keuntungan itu dijadikan modal untuk membeli sebuah rumah lain yang lebih mahal lagi.
Untuk pengetahuan, anda hanya memerlukan modal kurang dari 20% daripada harga rumah, untuk mampu memilikinya. Jadi budak itu dah ada modal yang banyak untuk membeli rumah yang bernilai cukup tinggi.
Untuk pengetahuan, anda hanya memerlukan modal kurang dari 20% daripada harga rumah, untuk mampu memilikinya. Jadi budak itu dah ada modal yang banyak untuk membeli rumah yang bernilai cukup tinggi.
Diringkas cerita, budak itu beli dan simpan sekejap, dan jual. Dia ulang kesemua aktiviti itu tersebut berkali-kali, hinggalah dia sekarang dah mampu beli dan jual hartanah bernilai lebih dari RM 1 juta.
Jumlah wang simpanannya juga dah mula melebihi RM1 juta. Dan paling hebat dan paling utama adalah, dia belum lagi mencecah umur 40 tahun!!!.
Jumlah wang simpanannya juga dah mula melebihi RM1 juta. Dan paling hebat dan paling utama adalah, dia belum lagi mencecah umur 40 tahun!!!.
Anda juga boleh buat duit beli hartanah
Anda yang baca ni berapa umur?, berapa jumlah duit yang ada dalam bank? berapa banyak saham? berapa pusat anak yatim yang anda dah taja? berapa ramai budak sekolah tahfiz yang anda dah biaya?.
Ok! saya tak mau berleter panjang dalam bab ini. Bagi mereka yang tak hingin banyak duit, letak bom pada telinga dia pun tak guna, dia tetap tak akan ubah pendirian.
Tapi bagi yang terfikir nak mula berjinak dalam dunia hartanah dan ada impian nak buat duit beli hartanah anda boleh belajar dari mereka yang dah berjaya melakukannya. Jangan risau pasal modal kerana ada berbagai teknik untuk bermula dengan tanpa modal.
Tapi bagi yang terfikir nak mula berjinak dalam dunia hartanah dan ada impian nak buat duit beli hartanah anda boleh belajar dari mereka yang dah berjaya melakukannya. Jangan risau pasal modal kerana ada berbagai teknik untuk bermula dengan tanpa modal.
Ada yang telah berjaya dalam bidang buat duit beli hartanah ini memulakannya tanpa modal. Dia kongsikan bagaimana tanpa ada modal, anda boleh mula libatkan diri dalam industri ini.
Jika nak tahu bagaimana buat duit beli hartanah, cuba beli dan mentelaah Ebook rahsia rumah lelong
Jika nak tahu bagaimana buat duit beli hartanah, cuba beli dan mentelaah Ebook rahsia rumah lelong
Ya.betul memang dah ramai yang sedar kelebihan buat pelaburan dalam bidang hartanah ni,memang menguntungkan sebab harga semakin tinggi dari hari ke hari. Apapun sesaper sahaja kena ingat bahawa apa-apa pelaburan pun pasti ada risikonya,cuma yang penting macam mana kita nak handle risiko itu ataupun terus hilangkan dan elakkan risiko tersebut dari terkena. Asas utamanya adalah kena belajar dan tanya pakar dalam bidang hartanah @ property malaysia ni. ok. Good Luck.
ReplyDeletesaya baru nak start beli hartanah.. dan saya nak minta nasihat.. kalau kita lnagung tak ada modal yang banyak.. adakah berbaloi kalau kita invest untuk beli apartment murah dalam rm80K dulu?
ReplyDeleteBoleh saja jika dah buat sedikit kajian terhadap pasarannya. Lagi baik jika dapat dibeli dengan harga sedikit below market...
DeleteMemang minat dah lama bidang ni , tapi koje tak ada so bank tak nak layan..:)
ReplyDeleteCari ler rakan yang bank layan..mungkin boleh kot!
Delete