Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

28 January 2014

Dua minat luar biasa Ann Wan Seng

  Ano Nyme       28 January 2014
Ann Wan Seng

Saya nak kongsikan satu lagi cerita berkenaan Ann Wan Seng. Bukan berkenaan kenapa Ann Wan Seng masuk Islam, tetapi berkenaan dua minat luar biasa Ann Wan Seng.

Saya pernah tulis pasal Ann Wan Seng sebelum ini. Tulisan itu menceritakan bagaimana Ann Wan Seng peluk Islam. Kalau nak baca macam mana Ann Wan Seng masuk Islam boleh pergi ke artikel tersebut di sini.

Ann Wan Seng

Apa dua minat luar biasa Ann Wan Seng

Kali pertama ziarah ke rumah Ann Wan Seng rasanya dah beberapa tahun yang lalu. Masa itu dia baru berpindah ke rumah barunya dan kawasan taman tersebut masih lagi baru.

Pada waktu itu, saya dah kagum dengan salah satu minat luar biasa Ann Wan Seng. Minatnya terhadap buku membuatkan saya angkat topi. Ann Wan Seng memang cukup minat himpun berjenis-jenis buku di dalam rumahnya.

Pada kali pertama saya ziarah ke rumahnya, saya terkejut melihat satu bilik rumahnya hanya dipenuhi oleh rak-rak yang penuh dengan buku. Punyalah banyak sampai bilik itu hanya menjadi tempat khas simpanan semua koleksi bukunya.
buku Ann Wan Seng

Ann Wan Seng minat buat koleksi buku

Itu masa beberapa tahun sudah. Tetapi kali ini setelah banyak tahun tak ke rumah Ann Wan Seng, saya terkejut besar kerana bukan hanya satu bilik penuh dengan buku, tetapi hampir keseluruhan rumahnya dipenuhi dengan buku.

Daripada bilik tamu, dapur, stor, bilik bawah, kesemua bilik atas rumah, ruang lepak atas rumah, sepanjang tangga rumah semuanya dipenuhi dengan berbagai-bagai buku dari dalam dan luar negara. Kalau saya tinggal di rumah itu mungkin tak akan keluar rumah untuk habiskan bacaan berbagai buku-buku yang menarik yangdikumpulkan oleh Ann Wan Seng.

Ada antara buku-buku koleksi Ann Wan Seng sudah berusia melebihi seratus tahun. Ada banyak ensiklopedia, buku lama dan juga majalah lama. Dalam banyak-banyak buku itu saya terjumpa sebuah buku yang menghimpunkan keseluruhan hasil karya Abdullah Musyi.

Dah lama saya cari kesemua koleksi karya Abdullah Musyi kat Malaysia tapi tak jumpa. Rupa-rupanya Ann Wan Seng dapatkannya dari Indonesia. Dalam koleksi 3 jilid itu dihimpunkan semua karya Abdullah Musyi samada yang dicetak dijadikan buku maupun belum dicetak lagi.

Apa lagi!, saya pesan satu pada Ann Wan Seng untuk dapatkan satu salinan yang sama kesemua 3 jilid buku koleksi penulisan Abdullah Musyi.
buku Ann Wan Seng

Ann Wan Seng juga minat beli dan simpan barang lama

Jika dilihat pada semua perabut di rumah Ann Wan Seng, hampir kesemuanya adalah terdiri daripada koleksi perabut antik kayu lama.

Melihat dua almari di bahagian ruang dapar rumahnya mengingatkan saya pada almari lauk emak ketika kanak-kanak dulu. Masa itu, almari itulah tempat simpanan lauk pauk yang sudah dimasak. Bi bahagian bawahnya pula disimpan bahan mentah untuk masakan seperti garam, kunyit, bawang dan lain-lain lagi.

Ann Wan Seng tak minat pada photography. Tetapi agak pelik bila dia minat simpan semua jenis kamera lama dalam himpunan koleksi barang lamanya. Bukan saja kamera, malah projektor yang digunakan zaman dulu-dulu juga ada dalam koleksi beliau.
koleksi Ann Wan Seng

Ada juga banyak barang iklan seperti signboard kedai dan lain-lain yang menjadi koleksi Ann Wan Seng. Meja minum kedai yang dibuat daripada bahan kayu dan mar-mar lama juga ada. Dia biasanya borong dari kawan atyau kenalan lain yang dah tahu minta beliau selama ini. Jika ada barang lama baru datang, mereka akan hubungi Ann Wan Seng.

Begitulah dua minat luar biasa Ann Wan Seng untuk pengetahuan pembaca. Saya kata minat luar biasa kerana bukan ramai yang ada minat seperti beliau. Mungkin ada juga orang lain yang suka beli dan simpan banyak koleksi buku seperti beliau, tapi saya masih belum jumpa lagi setakat ini...kecuali di perpusatakaan.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Dua minat luar biasa Ann Wan Seng

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Buku tulisan beliau "biar cina pimpin islam" saya ada beli di pasar malam. Lain kali, sampaikan salam saya kepadanya. Hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga dia buat buku...dia memang suka mengkaji...Insyaallah!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !