Kalau anda kaki motor, tentu pernah cari kedai untuk potong seat motor. Kalau di Pulau Pinang, kebiasaannya perniagaan ini dilakukan oleh orang Cina.
Saya bukanlah seorang kaki motor. Tapi kebetulan hampir kesemua kawan-kawan di Pulau Pinang sudah berminat untuk jadi kaki motor.
Kalau zaman muda remaja dulu, hanya ada impian untuk jadi kaki motor besar, bila dah besar dan ada duit sikit, tentu impian itu akan diterjemahkan juga menjadi kenyataan. Maka ramailah kawan-kawan yang masuk umur separa tua mula beli motor beramai-ramai.
Bila dah tua jadi kaki motor, bab nak ubah suai motor terutamanya nak potong seat motor jadi perkara mudah. Pertamanya kerana dah ada duit tidak seperti zaman remaja rempit dulu.
Keduanya sebab masa remaja zaman merempit dulu dah tahu semua lorong di mana ada bengkel atau kedai ubah suai motor yang murah tetapi pakar. Seperti kedai Cina yang saya kunjungi baru-baru ini di Pulau Pinang.
Kedai Cina potong seat tercorot dalam kampung
Kalau tidak dibawa masuk oleh kawan-kawan tempoh hari, tobat saya tak akan jumpa kedai cina potong seat tersebut. Malah tak akan tahupun kewujudannya.Kedai itu tercorot terperosok jauh dalam Kampung. Masuk lorong kecil bersimpang siur di sebuah perkampungan Cina yang terletak di dalam bandaraya. Ya! pelik kan, sebuah perkampungan Cina yang berada di dalam pusat bandaraya!.
Daripada kawan yang pakar di kawasan tersebut, dia menceritakan keadaan kampung itu yang asalnya merupakan penempatan segala samseng jalanan serta kumpulan kongsi gelap. Satu ketika dulu pergaduhan, pukul memukul dan bunuh membunuh adalah perkara biasa berlaku di kawasan perkampungan itu.
Mereka semua bukannya senang. Ramai yang susah dan mengalami kesukaran dalam hidup mereka. Miskin walaupun terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.
Yang kaya hanyalah ketua-ketua kongsi gelap. Malah ketua lebih tinggi yang merupakan boss kepada semua ketua-ketua kongsi gelap biasanya orang bertamadun yang disegani, merekalah yang menjadi bapak segala kekayaan dan segala kegiatan haram.
Macai-macai di bawah hidupnya sukar. Merekakurus kering kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Bila tua, hidupnya melarat. Jalan bertongkat dan tak ada yang menaruh simpati.
Jika ada yang berjiwa keusahawanan dan tidak sanggup cari duit dengan jadi kaki pukul dan ambil duit orang untuk dihabiskan di meja judi, mereka akan berniaga kecil-kecilan. Cukup untuk menyara hidup serta makan minum keluarga.
Itulah agaknya yang dilakukan oleh ayah kepada Taukeh Kedai Cina Potong Seat motor yang saya lawat baru-baru ini. Kedai itudah wujud sebanyak dua generasi nampaknya. Dari ayahnya dulu dan sekaranh disambung oleh anaknya pula.
Hasil istiqamah ayahnya, walaupun kedai jauh terselit di dalam kampung Cina, dia masih mampu cari makan. Ramai kaki motor dapat menghidu bau kedai yang boleh ubah suai seat motor mereka dengan murah dan berkualiti.
Ketika sampai di kedai tersebut baru-baru ini, kelihatan dua orang lelaki Indonesia sedang membaiki Helmet mereka. Mereka juga nampaknya boleh menghidu kedai itu walau merupakan warga Indon. Nampaknya pemasaran mulut ke mulut kedai cina potong seat motor itu cukup berkesan sekali.
Ulat dalam batu boleh hidup, kedai cina potong seat motor dalam kampung juga tentu boleh hidup
Walaupun kagus dan hairan dengan kejayaan Cina itu menyara kehidupannya. Bila difikirkan semula memang itulah kehidupan. Semua makhluk ada rezki yang sudah tertulis padanya. Tak perlu risau.Sedangkan ulat yang duduk dalam batu itu ada juga rezki mereka, kenapa kita manusia yang duduk atas muka bumi ini takut kalau tak ada rezki. Asalkan kita jangan berputus asa dan buat apa yang patut, pasti dapat menjalani kehidupan yang sempurna.
Oleh itu jangan takut, berusahalah. Jangan takut orang cantas rezki kita. jangan takut orang rampas kuasa kita. jangan takut orang rampas negeri kita. Keyakinan mesti kuat.
Yang paling penting sekali jangan sebarkan kebencian sesama kita dengan perkara yang tidak benar. kita bukannya nak berperang dan saling bunuh membunuh. Tak ada orang halang kita melakukan usaha dakwah yang membolehkan kita angkat senjata untuk berperang.
Yang pentingnya kita perlu buat kerja. Jika nak cari duit, perlulah pergi berniaga sendiri dan berusaha sampai berjaya. Bukannya pergi menghalang orang lain dari menjalankan perniagaan sedangkan kita tak berniaga.
Eh! apa melalut ke situ pulak....dah lari cerita cina potong seat motor nampaknya. Layanlah beberapa keping gambar kedai cina potong seat motor di Pulau Pinang yang saya rakamkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !